Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan surat mencadangkan pelantikan 54 kontraktor bagi melaksanakan 54 projek di bawah Program Jana Wibawa secara rundingan terus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin
00:08mengeluarkan surat mencadangkan pelantikan 54 kontraktor bagi melaksanakan 54 projek di bawah program Jana Wibawa secara rundingan terus.
00:19Tengku Zafrul berkata surat bertajuk cadangan pelantikan 54 kontraktor pelaksana bagi pelaksanaan 54 projek di bawah program Jana Ekonomi Pemerkasaan
00:29Kontraktor Bumi Putera berwibawa Jana Wibawa secara rundingan terus reka dan bina bertarikh 13 November 2020 iaitu pada hari yang
00:39sama memerendam Jemaah Menteri pelan tindakan perolehan kerajaan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
00:46Saksi pendakwaan ke sebelah situ turut mengesahkan surat berkenaan dikeluarkan oleh Muhyiddin yang ketika itu Perdana Menteri kerana dokumen tersebut
00:55mengandungi tanda tangan beliau pada muka surat ketiga selain arahan supaya Kementerian Kewangan segera mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan.
01:04Beliau berkata pelantikan secara rundingan terus bermaksud projek dianugerahkan terus kepada syarikat yang disenaraikan tanpa melalui proses tender dan persaingan
01:14tawaran harga dalam kalangan kontraktor lain.
Comments

Recommended