Skip to playerSkip to main content
Tiga lelaki tidak mengaku bakar tiga kereta di rumah Cikgu Chandra

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas satu pertuduhan membakar tiga kereta milik isteri aktivis masyarakat, Cikgu Chandra, empat bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Pemandu trak tunda, A Kumaran, 34; pengawal keselamatan, S Kisshen Nair, 30, dan pemandu lori, P Surendran, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786724/berita/semasa/tiga-lelaki-tidak-mengaku-bakar-tiga-kereta-di-rumah-cikgu-chandra

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #CikguChandra
Transcript
00:00Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Petaling Jaya pada Selasa
00:05atas satu pertuduhan membakar tiga kereta milik isteri aktivis masyarakat,
00:10Cikgu Chandra, empat bulan lalu.
00:12Pemandu Traktunda A. Kumaran, 34 tahun,
00:15Pengawal Keselamatan S. Kishen Nair, 30 tahun,
00:19dan Pemandu Lori P. Surendran, 37 tahun,
00:22membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan hakim,
00:26Nur Ruzilawati Muhammad Nur.
00:28Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama
00:31sengaja melakukan khianat dengan api ke atas kereta jenis Pro II Beza dan Viva
00:37serta Proton Ertiga milik S. Sri Uma Maheshwari, 50 tahun,
00:42sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan RM80,000.
00:46Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong
00:50pada jam 3 pagi pada 10 Mac.
00:53Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan
00:57dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama
01:00membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun
01:03dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
01:07Semasa proseding, timbalan pendakwa raya
01:09Nur Fazlin Mahmad Zulhasnan mencadangkan
01:12semua tertuduh tidak dibenarkan untuk diikat jamin
01:14kerana kes berkenaan sangat serius,
01:17malah termasuk dalam pertuduhan yang tidak boleh dijamin.
01:20Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya mahkamah menawarkan jaminan,
01:24pendakwaan mencadangkan setiap tertuduh dikenakan ikat jamin
01:27sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
01:31Peguam Vinesh Segar yang mewakili semua tertuduh
01:34merayu anak guam diberi ikat jamin pada kadar minimum.
01:38Menurutnya, semua tertuduh tidak berisiko melarikan diri
01:41kerana sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis
01:44sejak awal siasatan dijalankan.
01:46Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak,
01:49Nur Ruzilawati membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000
01:52dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan
01:56yang dicadangkan pihak pendakwaan.
01:58Mahkamah menetapkan 7 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
Comments

Recommended