Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
China dan Norway menyatakan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala melalui pertukaran peringkat tinggi serta kerjasama dalam bidang ekonomi hijau, kecerdasan buatan dan inovasi, ketika kedua-dua negara menekankan kepentingan multilateralisme.
Transcript
00:00China bersedia meneruskan pertukaran peringkat tinggi dengan Norway bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
00:08Menteri Luar China Wang Yi berkata kerjasama itu penting dalam memperkukuh asas politik serta memperluas bidang kerjasama baharu.
00:16Wang Yi yang juga ahli Biro Politik Jawatan Kuasa Pusat Parti Komunis China berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana
00:25Menteri Norway Jonas Garstor di Oslo.
00:27Beliau berkata China yakin Norway akan terus berpegang kepada dasar satu China selain menyifatkan lawatan stor ke China pada 2024
00:36sebagai pemangkin baharu hubungan dua hala.
00:39Dalam pada itu, stor berkata Norway berhasrat mengekalkan momentum pertukaran peringkat tinggi dengan China serta memperluas kerjasama dalam sektor baharu
00:49termasuk ekonomi hijau dan kecedasan buatan.
00:52Beliau turut menegaskan sokongan Norway terhadap peranan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu serta usaha mempertahankan multilateralisme.
01:01Menurut Wang, hubungan China-Norway terus berkembang positif hasil usaha bersama dalam membina kepercayaan dan saling menghormati walaupun berbeza dari
01:09segi sistem sosial, sejarah dan budaya.
01:12Beliau menyeru kedua-dua negara memanfaatkan kekuatan masing-masing dengan memperdalamkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, inovasi serta peralingan hijau.
01:24China dan Norway turut berkomitmen memperkukuh penyelarasan pelbagai hala bagi menyokong kerjasama global dan pembangunan yang lebih adil.
01:32Bersai
01:33Bersai
01:33Bersai
Comments

Recommended