00:00Lebih setengah juta penduduk Lubnan yang dipindahkan akibat konflik telah mula kembali ke komuniti masing-masing.
00:06Namun puluhan ribu lagi masih tidak dapat atau enggan pulang berikutan keadaan keselamatan yang masih tidak menentu.
00:14Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Stefan Dujarik berkata, situasi kemanusiaan di Lubnan kekal kritikal walaupun insiden pertempuran berkurangan susulan
00:25gecata senjata yang diumumkan pada 19 Jun lalu.
00:31Menurut beliau, aktiviti ketenteraan dan insiden keselamatan masih dilaporkan di beberapa kawasan menyebabkan keadaan di banyak lokasi terus rapuh.
00:41Katanya lebih 34,000 penduduk masih ditempatkan di pusat perlindungan sementara kerana kediaman mereka rosak selain ancaman bahan letupan yang
00:51belum meletup serta ketiadaan perkhidmatan asas di kawasan asal.
00:55Kanak-kanak merupakan antara golongan paling terjejas.
00:59Menurut dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICEF, kira-kira 308,000 kanak-kanak masih kehilangan tempat tinggal manakala
01:08lebih sejuta lagi memerlukan bantuan kemanusiaan.
01:12UNICEF turut mengenalpasti 62 kanak-kanak yang terpisah atau tidak ditemani ahli keluarga akibat konflik berkenaan.
01:20Dalam pada itu, agensi kemanusiaan turut melaporkan peningkatan kebimbangan terhadap isu pelindungan termasuk buruh kanak-kanak, keciciran sekolah, eksploitasi, keganasan
01:32berasaskan gender, keganasan rumah tangga, gangguan, sekatan pergerakan dan halangan mendapatkan bantuan.
01:39Sementara itu, pegawai yang menjalankan tugas sebagai penyelaras khas PBB bagi Lubnan, Jen Arno, memulakan lawatan ke Israel pada selasa
01:48selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan kerajaan Lubnan.
01:52PBB turut memaklumkan rayuan bantuan kecemasan yang disemak semula bersama kerajaan Lubnan memerlukan dana berjumlah $640 juta AS bagi membantu
02:031.4 juta penduduk sehingga Ogos ini.
02:06Setakat ini, hanya 42% daripada dana berkenaan berjaya diperoleh.
Comments