Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Arab Saudi menuduh Iran menyerang kapal tangki minyak miliknya ketika melalui Selat Hormuz. Riyadh menyifatkan insiden itu sebagai ancaman terhadap keselamatan pelayaran antarabangsa serta bekalan tenaga global.
Transcript
00:00Seterusnya, Arab Saudi mendakwa Iran telah menyerang sebuah kapal tangki minyak miliknya ketika melalui Selat Hormuz, Kementerian Luar Arab Saudi
00:08dalam satu kenyataan mendakwa Tehran, menyasarkan kapal tangki wedian milik Arab Saudi serta kapal Al-Rekayat milik Qatar.
00:19Tambahnya, serangan itu merupakan ancaman terhadap keselamatan pelayaran antarabangsa dan bekalan tenaga global.
00:25Arab Saudi turut menggesa Iran menghentikan sebarang tindakan yang boleh menggugat keselamatan serta kebebasan pelayaran di rantau itu.
00:34Riyad juga menyatakan Tehran perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang timbul daripada insiden berkenaan.
00:41Sementara itu, media Iran melaporkan sebuah kapal tangki Qatar menjadi sasaran selepas didakwa mengabaikan amaran pihak berkuasa Iran ketika melalui
00:51Selat Hormuz menjadi antara laluan perairan paling penting di dunia yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak mentah dan gas asli
01:01cercai global.

Recommended