Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Rang Undang-Undang Lalu Lintas Jalan Raya (Pindaan Pelbagai) telah dibentangkan di parlimen pada Selasa oleh Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Dalam Negeri Sim Ann.
Transcript
00:00Singapura memperkenalkan rang undang-undang untuk meminda Akta Lalu Lintas Jalan Raya 1961 atau RTA.
00:07Ia merangkumi hukuman bagi pemandu memegang telefon bimbit semasa memandu dan mengetatkan had alkohol ditetapkan untuk memandu dalam keadaan mabuk.
00:18Rang Undang-Undang Lalu Lintas Jalan Raya pindaan pelbagai dibentangkan di Parlimen pada Selasa oleh Menteri Negara Kanan Hal Ewal
00:26Dalam Negeri, SIMN.
00:27Menurut Kementerian Hal Ewal Dalam Negeri, MHA, rang undang-undang itu akan menghukum pemandu yang memegang peranti komunikasi muda alih
00:36itu dan berada pada tangan mereka semasa memandu.
00:39Ia justru menghapuskan keperluan untuk membuktikan bahawa pemandu mengendalikan peranti tersebut.
00:45Beliau berkata undang-undang semasa mengenai kesalahan itu hanya boleh dikuatkuasakan secara manual kerana polis trafik mesti sahkan pemandu mengendalikan
00:55peranti itu.
00:56Sebaliknya jelas beliau ia akan menjadi satu kesalahan selagi pemandu memegang peranti komunikasi muda alih di tangannya semasa kenderaan bergerak
01:05kerana ini berbahaya dan mengurangkan kemungkinan pemandu akan fokus di jalan raya.
01:10Tambahnya lagi, pindaan ini juga membenarkan polis trafik menguatkuasakan kesalahan menggunakan kamera atau berdasarkan bukti fotografi atau videografi dikemukakan orang
01:22awam dan meningkatkan pengesanan kesalahan sedemikian.
01:26Sementara itu, MHA berkata rang undang-undang itu juga akan mengetatkan had alkohol yang ditetapkan untuk memandu dalam keadaan mabuk
01:34bagi memperkukur pencegahan dan meningkatkan keselamatan jalan raya.
01:38Di bawah perubahan dicadangkan, had alkohol yang sah untuk ujian nafas akan diturunkan daripada 35 mikrogram kepada 15 mikrogram setiap
01:49100 mililiter nafas.
01:51Manakala had alkohol dalam darah akan dikurangkan daripada 80 miligram kepada 30 miligram setiap 100 mililiter darah.
01:59Rang undang-undang itu juga bertujuan untuk memperkukur hukuman bagi pemanduan cuai dan berbahaya yang menyebabkan kecederaan parah menyelaraskan dengan
02:08lebih dekat dengan kesalahan yang mengakibatkan kematian.
02:12Jika diluluskan pesalah berulang yang disabitkan dengan pemandu berbahaya, boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 13 tahun.
02:20Manakala mereka yang didapati bersalah memandu cuai yang menyebabkan kecederaan parah, boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 4 tahun.
02:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended