Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Qatar mengutuk serangan terhadap kapal LNG miliknya, Al-Rekayyat, berhampiran Selat Hormuz dan menggesa Iran menghentikan tindakan yang mengancam keselamatan maritim. Insiden itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan laluan tenaga paling penting di dunia.
Transcript
00:00Kata mengutuk sekeras-kerasnya, serangan terhadap sebuah kapal miliknya berhampiran selat hormus dan menuntut Iran menghentikan serta-merta tindakan yang
00:10boleh mengancam keselamatan maritim.
00:12Menurut jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majid Al-Ansari, tindakan menyasarkan kapal itu merupakan serangan yang tidak boleh diterima terhadap keselamatan
00:21pelayaran antarabangsa.
00:23Katanya tindakan itu bukan sahaja mengancam keselamatan pelayaran antarabangsa, malah berisiko menjejaskan bekalan tenaga dunia.
00:31Qatar turut menegaskan bahawa Iran bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden itu, termasuk sebarang kerosakan yang timbul.
00:38Kapal al-Rekayat dilaporkan antara dua kapal komersial yang terkena peluru berpandu berhampiran selat hormus ketika melalui laluan berkenaan pada
00:49Isnin.
00:49Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
00:53Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended