Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Argentina bangkit menewaskan Mesir 3-2 dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia, namun gol kemenangan lewat mencetuskan bantahan dan dakwaan layanan tidak adil oleh kem Mesir.
Transcript
00:00Baik impian Mesir untuk mencipta kejutan ke atas juara bertahan Argentina dalam saingan Piala Dunia Berakhir dengan penuh kontroversi apabila
00:09tewas 3-2 pada aksi pusingan 16 terbaik pada awal pagi tadi.
00:14Skuad kendalian Hossam Hassan sebelum itu mendahului 2-0 namun Argentina bangkit menjaringkan 3 gol termasuk gol kemenangan pada minit
00:22kedua masa kecederaan menerusi Lionel Messi dan rakan sepasukan.
00:29Gol kemenangan Argentina mencetuskan kemarahan kamp Mesir. Seorang pegawai pasukan dilaporkan dilayangkan kad merah selepas cuba membantah keputusan pengadil Perancis,
00:39Franchise Letizier sehingga terpaksa ditenangkan oleh pegawai lain.
00:43Dua pemain Mesir turut menerima kad kuning kerana membantah gol terakhir Argentina.
00:47Selepas perlawanan, Hassan membuat isyarat tangan yang digunakan untuk melaporkan insiden berunsur perkauman sebelum mendakwa pasukannya menjadi mangsa layanan tidak
00:57adil.
00:58Menurutnya, terdapat pihak yang mahu memastikan Argentina marah ke suku akhir bagi meneruskan usaha mempertahankan kejuaraan dunia.
01:06Kontroversi itu menambah lagi tekanan terhadap badan induk bola sepak dunia FIFA selepas kejohanan berkenaan sebelum ini turut dihimpit dawaan
01:14campur tangan politik melibatkan keputusan penggantungan seorang pemain Amerika Syarikat.
Comments

Recommended