Skip to playerSkip to main content
Orang ramai khususnya para pengundi disaran untuk merancang perjalanan serta membuat pembelian tiket lebih awal secara tanpa tunai melalui aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau mesin kios di stesen terpilih.

#PRNJohor #JohorMemilih
Transcript
00:00Kereta Api Tanah Melayu Berhad KTMB menawarkan 7,464 tempat duduk tambahan bagi perkhidmatan tren elektrik ETS, sektor selatan sempena
00:11pilihan Raya Negeri PRN Johor hujung minggu ini.
00:15KTMB dalam kenyataan pada selasa maklumkan penawaran perkhidmatan tren ETS tambahan itu melibatkan laluan JB Central gemas JB Central serta
00:25KL Central, JB Central, KL Central.
00:30Langkah itu bagi menampung permintaan perjalanan pengundi yang pulang ke kampung halaman.
00:37Inisiatif terbaru itu dibuat susulan permintaan tinggi daripada orang ramai selepas tiket tren tambahan yang dilancarkan pada 19 Jun lalu
00:45habis dijual sepenuhnya.
00:47Jelas kenyataan itu bagi fasa ini KTMB menambah 4 perkhidmatan tren tambahan bagi laluan KL Central, JB Central, KL Central
00:57dan 4 lagi perkhidmatan tren tambahan bagi laluan JB Central gemas JB Central.
01:03Siri tren tambahan ini akan beroperasi selama 3 hari bermula 10 hingga 12 Julai dengan kapasiti penawaran sebanyak 2,488
01:13tempat duduk sehari.
01:14KTMB terus memaklumkan proses jualan tiket bagi laluan JB Central gemas JB Central telahpun dibuka bermula 3 petang selasa sementara
01:24jualan tiket bagi laluan KL Central, JB Central, KL Central pula akan mula dibuka pada jam 9 pagi Rabu.
01:32Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan ril, KTMB juga menawarkan tambang promosi dengan diskaun sebanyak 20% bagi kesemua laluan tren ETS
01:42tambahan berkenaan sepanjang tempoh 3 hari pengoperasian itu.
01:47Para penumpang dinasihatkan supaya tiba di stesen sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal memandangkan pintu masuk ke platform tren akan
01:56ditutup 5 minit sebelum waktu tren berlepas.
Comments

Recommended