Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kerajaan bersedia meningkatkan pembiayaan sehingga RM2.25 bilion kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi 2026 hingga 2030, tertakluk kepada prestasi agensi itu dalam memperkasakan pembangunan usahawan Bumiputera.
Transcript
00:00Kerajaan sedia meningkatkan pembiayaan sehingga RM2.25 bilion kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad atau PUNB bagi tahun 2026 hingga 2030
00:11tertakluk pada prestasi agensi itu dalam memperkasakan pembangunan usahawan Bumi Putra.
00:17Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mempertimbangkan pertambahan peruntukan sekiranya PUNB terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam melaksanakan
00:27mandatnya selain memperkukuh kerjasama dengan agensi pembangunan Bumi Putra yang lain.
00:47Pada keutamaan yang telah kita jelaskan dan kerjasama dengan semua agensi pembangunan Bumi Putra yang lain.
00:52Bila berkata demikian, selepas merasmikan SPAC 2026, Transformasi Niaga, platform utama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, di Putrajaya pada Sabtu.
01:03PUNB menyasarkan kelulusan pembiayaan sehingga RM2.25 bilion bagi tempoh 2026 hingga 2030 iaitu sebahagian daripada hala tujuh jangka panjang
01:13di bawah kerangka strategik R30.
01:15Sasaran kelulusan pembiayaan itu bertujuan mempercepat pertumbuhan syarikat Bumi Putra, meningkatkan keupayaan skala komersial, mencipta peluang pekerjaan berkualiti, serta mengukuhkan
01:25rantaian bekalan utama negara.
01:27Sasaran itu akan digerakkan melalui kemudahan pembiayaan sedia ada PUNB seperti Prosper Grow, Prosper Great dan Prosper Impact Nova selain
01:36penambahbaikan program yang lebih bersasar mengikut keperluan sebenar usahawan.
Comments

Recommended