Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Seorang petugas AADK maut selepas keretanya dirempuh MPV yang dipandu lelaki disyaki positif dadah di Jalan Temerloh-Bahau dekat Bera.
Transcript
00:00Seorang petugas agensi anti dadah kebangsaan AADK maut selepas kereta dipandunya dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna MPV di kilometer 18
00:10Jalan Temeluh Bahau dekat Berah pada Jumaat.
00:13Kenderaan terbabit disyaki dipandu lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah.
00:19Ketua Polis Daerah Berah, Sepretenden Zulkifli Naze berkata kejadian kira-kira jam 10 pagi itu mengorbankan Muhammad Syarif Muhammad Ali,
00:2737 tahun yang bertugas di AADK Berah.
00:31Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati mangsa sedang memandu dari arah triang menuju ke Temeluh.
00:40Manakala MPV yang dipandu lelaki berusia 29 tahun bersama penumpang lelaki berusia 25 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke
00:49Triang.
00:50Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi kejadian, MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kenderaan mangsa
01:00sehingga terbabas ke bahu jalan.
01:02Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu serta penumpang MPV mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki.
01:09Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu MPV berkenaan positif dadah jenis eremin 5.
01:16Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengakutan Jalan 1987.
Comments

Recommended