00:00Seterusnya, Jabatan Imigresen Malaysia Jim Sabah menahan 208 pendatang asing tanpa izin parti menerusi 26 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di
00:10seluruh negeri itu.
00:12Menurut Jim Sabah, operasi berkenaan dijalankan secara serentak di pelbagai daerah bagi membanteras kehadiran parti serta mengekang penyalahgunaan kemudahan imigresen.
00:24Mereka yang ditahan terdiri daripada 164 warga negara Filipina, 30 warga negara Indonesia, 5 warga negara Pakistan, 6 warga negara
00:34China dan 3 warga negara India.
00:37Turut ditahan ialah wanita dan kanak-kanak yang dipercayai berada di negeri itu tanpa dokumen perjalanan yang sah.
00:43JIM Sabah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan di lokasi-lokasi strategik bagi memastikan pematuhan terhadap Undang-Undang Imigresen.
00:53Dalam masa sama, orang ramai diingatkan agar tidak melindungi atau membantu warga asing yang melanggar Undang-Undang Negara.
01:01Sebarang maklumat berhubung kehadiran parti boleh disalurkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia melalui portal sistem pengurusan aduan awam SISPA.
Comments