Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perkara itu amat jelas berikutan tiada sebarang ketetapan rasmi telah dibuat oleh Majlis Tertinggi PN berhubung arahan sokongan kepada parti lawan atau Kerajaan Perpaduan.
Transcript
00:00Pendirian Parti Peribumi Bersatu Malaysia kekal pada dasar Perikatan Nasional dengan memberi sokongan kepada semua calon gabungan itu dan bukannya
00:08barisan nasional pada pilihan Raya Negeri Johor ke-16.
00:12Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perkara itu amat jelas berikutan tiada sebarang ketetapan rasmi telah dibuat
00:20oleh Majlis Tertinggi PN berhubung arahan sokongan kepada parti lawan atau kerajaan perpaduan.
00:28Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau berkata setakat ini, tiada keputusan dasar dan ketetapan Majlis Tertinggi PN yang mengarahkan
00:37mana-mana calon yang bertanding menggunakan blogu PN tidak disokong.
00:42Begitu juga, tiada keputusan dasar dalam Majlis Tertinggi PN yang mengarahkan sokongan diberikan kepada PN atau kerajaan perpaduan.
00:50Jelas Tun Faisal, dasar bersatu jelas dan konsisten iaitu menyokong semua calon yang bertanding menggunakan logo PN.
00:58Ujarnya apabila parti-parti komponen PN turut bertanding dalam PRN Johor, matlamatnya adalah untuk memaksimumkan kemenangan PN bukan memenangkan parti
01:08tertentu sahaja dan menjejaskan peluang kemenangan calon PN yang lain.
01:12Katanya lagi, jika ada tindakan yang menyebabkan calon PN sendiri kehilangan undi atau peluang untuk menang, itu bukan semangat sebuah
01:20gabungan.
01:21Sebaliknya, ia boleh dianggap sebagai satu bentuk sabotaj terhadap usaha bersama.
01:26Sebelum ini, PAS mengeluarkan arahan kepada semua ahli dan penyokong parti itu untuk mengundi calon UMNO PN di Dewan Undangan
01:33Negeri Dun yang tidak ditandingi PN.
01:35PRN Johor yang berlangsung pada 11 Julai menaksikan PN bertanding di 33 kerusi dengan PAS bertanding di 11 kerusi,
01:43Bersatu 16 kerusi, Parti Rakyat India Malaysia di 5 kerusi dan Parti Pejuang Tanah Air 1 kerusi daripada keseluruhan 56
01:52kawasan Dun.
01:52Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended