Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Dua beradik yang dipercayai berperanan sebagai 'transporter' ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam satu operasi di 3.5 batu nautika perairan tenggara Tanjung Piai, Pontian pada 28 Jun lalu.
Transcript
00:00Dua beradik yang dipercayai berperanan sebagai transporter.
00:04Ditahan agensi penguatkuasaan maritim Malaysia dalam satu operasi di 3.5 Batu Nautica,
00:10Perairan Tenggara Tanjung Piai, Pontian pada 29 Jun lalu.
00:14Penahanan kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 40 tahun itu
00:18membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah, kenderaan, bot dan injin sangkut
00:24dengan nilai keseluruhan RM6.95 juta.
00:30Pemangku pengarah maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Kama Azri Kamil berkata,
00:35hasil maklumat risikkan pada 28 Jun lalu, terdapat sebuah bot fiber
00:40yang dikesan berada dalam keadaan mencurigakan dan ditahan pada jam 12.36 pagi.
00:46Katanya pemeriksaan ke atas bot menemukan beberapa bungkusan yang disembunyikan
00:51bawah tempat duduk tekong dan longgokkan pukat mengandungi 88.2 kg dadah
00:57di Syaki Syabu bernilai 4.41 juta ringgit dan 30,000 biji pil ekstasi
01:04persamaan 18 kg bernilai 2.25 juta ringgit.
01:10Dadah yang dirampas ini juga dianggarkan mampu dibekalkan kepada kira-kira
01:16melebihi 1 juta orang penagih.
01:19Model suprandi dia, gudakan bot kecil.
01:21Dua orang ini berada di dalam bot yang dari Malaysia, daripada negara kita,
01:28akan dipindahkan di sepadan paeran kita, akan ada bot lagi satu yang akan ambil
01:35daripada negara jiran dan seterusnya dibawa ke final destination.
01:41Dan aktiviti ini dilakukan di waktu malam bagi mengurahkan risiko dikesan oleh pihak penguasa.
01:53Hasil siasatan lanjut turut menemukan 787 kartrej vape di Syaki
01:59mengandungi dadah sintetik baharu dikenali sebagai piu-piu
02:03dengan nilai lebih RM196,000 di dalam sebuah kereta Pro2 MyV
02:08di sebuah perkampungan di Gelang Patah, Johor Baru.
02:12Beliau berkata suspek pertama bertindak sebagai tekong
02:15manakala abangnya berperanan sebagai pembantu.
02:17Jelasnya kedua-dua suspek dipercayai pernah melakukan aktiviti sama sebelum ini
02:23dan menerima upah antara RM16 hingga RM17,000 bagi setiap penghantaran.
02:30Hasil saringan awal mendapati mereka positif dadah jenis metafetamin.
02:34Kedua-dua suspek direman selama 7 hari hingga 5 Julai ini
02:39dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Atta Dada Berbahaya 1952.
Comments

Recommended