Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
UNICEF lapor penggunaan AI oleh kanak-kanak meningkat tiga kali ganda berbanding dewasa. Ramai guna AI untuk pembelajaran dan nasihat, namun wujud kebimbangan isu penipuan, maklumat palsu dan penyalahgunaan teknologi.
Transcript
00:00Penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI oleh kanak-kanak berkembang pada kadar lebih 3 kali ganda berbanding orang dewasa.
00:08Menurut tabung kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICEF, data baru tersebut diperoleh daripada 10 buah negara.
00:18UNICEF memaklumkan AI sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan ia semakin mempengaruhi kehidupan seharian
00:24dan kini membentuk zaman kanak-kanak di seluruh dunia sama ada membawa kebaikan mahupun keburukan.
00:30Agensi itu menganggarkan sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak pernah menggunakan AI
00:34dengan lebih 2 juta atas seorang daripada setiap 10 kanak-kanak mengakui
00:38mereka mendapatkan nasihat daripada teknologi itu mengenai perkara yang membimbangkan mereka.
00:43Dianggarkan 13 juta kanak-kanak pula menggunakan AI bagi membantu proses pembelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah.
00:51UNICEF berkata kanak-kanak merupakan golongan yang paling awal merasai kesan kelemahan takbir urus AI
00:56dan akan menanggung akibatnya untuk tempoh yang paling lama.
01:00Menurut UNICEF, 1.3 daripada kanak-kanak di 10 negara yang ditinjau menyuarakan kebimbangan terhadap penyalahgunaan AI
01:06untuk melakukan penipuan, memperdaya orang lain atau menyebarkan maklumat palsu
01:10manakala satu per empat lagi bimbang imej atau video mereka dimanipulasi menjadikan dongan lucah menggunakan teknologi deepfake.
01:18UNICEF menggesa kerajaan, sektor swasta dan rakan kerjasama mengintegrasikan hak kanak-kanak dalam takbir urus AI global
01:25termasuk dengan melabur dalam penyelidikan mengenai risiko AI terhadap kanak-kanak
01:29memperkukuh undang-undang bagi membanteras eksploitasi seksual yang menggunakan AI
01:34memastikan pembangunan AI yang selamat dan telus
01:37meningkatkan literasi AI serta merapatkan jurang digital.
Comments

Recommended