00:00Seramai 14 kanak-kanak maut selepas bumbung sebuah pusat tuisyen runtuh di Bandar Lahor, Pakistan pada Selasa.
00:08Pasukan Kecemasan Wilayah Puncak memaklumkan operasi mencari dan menyelamat menemui mangsa di bawah runtuhan bangunan berkenaan termasuk seorang guru wanita
00:17berusia 30 tahun.
00:20Mangsa kanak-kanak yang terkorban berusia antara 5 hingga 16 tahun dengan kebanyakan yang berumur bawah 9 tahun.
00:28Menteri Penerangan Punjab Azma Bukhari berkata siasatan awal mendapati pusat tuisyen berkenaan tidak berdaftar dan beroperasi di dalam sebuah bangunan
00:37kediaman persendirian yang mempunyai instruktor bumbung yang uzur.
00:41Beliau berkata pusat seperti itu banyak beroperasi di Pakistan ketika kanak-kanak mengikuti kelas tambahan di luar waktu persekolahan rasmi.
00:49Pihak berkuasa memberi amaran bahawa jika berlaku kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.
00:58Dalam pada itu, kerajaan Punjab turut diarahkan menjalankan pemeriksaan terhadap bangunan berisiko menjelang musim monsoon serta memperketat peraturan terhadap pusat
01:08tuisyen tidak berdaftar.
01:09Presiden Asif Ali Zardari turut melahirkan rasa duka cita dan menggesa langkah keselamatan lebih ketat bagi mengelakkan tragedi seumpama itu
01:19berulang.
Comments