Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pembukaan Laluan LRT3 Shah Alam disifatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai satu pencapaian penting dalam usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Selangor.
Transcript
00:00Baik, Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Shah menzahirkan rasa syukur atas kejayaan pelaksanaan laluan LRT3,
00:09Syah Alam yang kini memberi manfaat kepada jutaan penduduk di Syah Alam, Kelang dan kawasan sekitarnya.
00:16Baginda bertitah pembinaan laluan itu menjadi antara usaha penting bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam
00:23serta mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sekian lama membelenggu pengguna di lembah Kelang.
00:31Sultan Syarafuddin turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
00:37kerana menerima cadangan Baginda untuk membangunkan sistem rel yang menghubungkan Kelang, Syah Alam dan Kuala Lumpur.
00:45Baginda bertitah sebagai langkah awal menangani masalah itu,
00:48kerajaan pada ketika itu turut memansuhkan Plaza Tol Batu 3 dan Plaza Tol Sungai Rasau pada tahun 2018
00:55bagi melancarkan aliran trafik.
00:58Sultan Syarafuddin bagaimanapun bertitah pelaksanaan projek LRT3 berdepan kelewatan
01:04selepas pertukaran kerajaan pada 2018.
01:08Menurut Baginda, projek itu turut terjejas akibat pandemik COVID-19
01:12yang menyebabkan jadwal pembinaannya tertangguh.
01:15Baginda berpandangan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam
01:20perlu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat
01:24dan pembangunan negeri.
01:26Sultan Syarafuddin bertitah kemudahan pengangkutan modern mampu meningkatkan
01:31mobiliti penduduk, mengurangkan kesesakan jalan raya serta merangsang pertubuhan ekonomi.
01:37Baginda berharap laluan LRT3 dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai
01:43sebagai alternatif pengangkutan yang lebih cekap, selesa dan selamat.
Comments

Recommended