00:00Industri sukan dilihat berpotensi menjadi antara sumber pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia apabila sektor itu bukan sahaja mewujudkan hampir 200,000
00:09peluang pekerjaan, malah menyumbang nilai tambah kepada pembangunan hartanah, pelaburan dan produktiviti negara.
00:15Prof. Malaysia, Universiti of Science and Technology, Prof. Emeritus Barjoya Badai berkata, walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia ketika ini masih banyak
00:24dipacu oleh perbelanjaan persendirian, negara perlu memperkukus sektor yang mampu meningkatkan kapasiti ekonomi dalam jangka panjang.
00:34Misalnya saya bagi contoh dalam sektor golf kita melabur hampir 50 bilion di dalam membina lebih 195 padang golf dan
00:47sumbangannya tiap-tiap tahun adalah lebih 3.1 bilion dan dari segi daya maju ini adalah satu projek yang berdaya
00:57maju dan di masa yang sama
00:59bila padang golf wujud di suatu kawasan dia meningkatkan nilai hartanah dan rumah misalnya secara purata rumah di keliling padang
01:12golf nilainya meningkat lebih daripada 150,000. Ini merupakan nilai tambah yang penting.
01:17Menurut Barjoya, industri sukan turut merangkumi pembinaan stadium dan fasiliti, pembuatan peralatan serta pakaian sukan, pusat kecergasan, pelancongan sukan, penyaran
01:28televisyen, media digital, e-sukan, pengurusan acara, pemasaran, penajaan serta pendidikan dan latihan.
01:37Perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin mengutamakan kesihatan dan aktiviti berasaskan pengalaman dijangka terus memaju permintaan terhadap sektor berkenaan.
01:44Beliau berpandangan dengan pembangunan ekosistem yang lebih menyeluruh, industri sukan berpotensi meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara, melepasi kadar 1.3
01:54% KDNK pada masa hadapan.
Comments