Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
MARA memulakan penempatan bekas anggota tentera sebagai warden sepenuh masa di 10 MRSM terpilih bagi memperkukuh aspek keselamatan, kebajikan dan disiplin pelajar. Inisiatif itu melibatkan 16 warden lelaki pada fasa pertama dan akan diperluaskan ke semua 58 MRSM di seluruh negara menjelang 2027.
Transcript
00:00Seramai 16 bekas anggota tentera telah memulakan perkhidmatan mereka pada Isnin sebagai warden sepenuh masa di 10 maktab rendah sains
00:09MARA MRSM seluruh negara.
00:12Pengurusi Majlis Amanah Rakyat MARA, Datuk Dr. Ashraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran dalam Facebook memberitahu pelaksanaan inisiatif itu akan dipeluas
00:22kepada semua 58 MRSM bermula 1 Januari 2027.
00:30Ashraf Wajdi menjelaskan seramai 16 lagi warden wanita dalam kalangan bekas anggota tentera juga dijadual menyusul dan memulakan tugas pada
00:38minggu hadapan.
00:39Kumpulan berkenaan telah menghadiri sesi taklimat dan pengenalan bersama pihak pengurusan maktab sebagai sebahagian daripada persediaan awal menjalankan tugas.
00:47Sesi tersebut bertujuan memberikan pendedahan awal berkaitan struktur pengurusan maktab, peraturan, seterperanan dan tanggungjawab yang perlu digalas oleh para warden.
00:56Ashraf Wajdi menambah setiap MRSM yang terlibat diperuntukkan 4 warden sepenuh masa terdiri daripada 2 warden lelaki dan 2 warden
01:03wanita.
01:04Fasa pertama pelaksanaan inisiatif itu melibatkan 10 maktab iaitu MRSM Besut, Balik Bulau, Muazzam Shah Rumpin, Sultan Azlan Shah, Serting,
01:13Kubang Pasu, Jeli, Parit, Kuala Berang dan Muar.
01:17Ashraf Wajdi justru itu berharap bekas anggota yang dilantik dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dalam membantu pihak pengurusan maktab
01:26memastikan kebajikan, keselamatan dan disiplin pelajar terus terpelihara.
01:30Langkah itu juga dilihat selaras dengan hasrat marah untuk mewujudkan persekitaran MRSM yang bebas daripada gejala buli.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended