00:02Parti Orang Asli Malaysia atau Asli memilih pilihan raya negeri PRN Johor kali ini sebagai pentas sulung penyertaannya dengan meletakkan
00:10calon di Dewan Undangan Negeri Dun Endau.
00:13Presiden Asli Rashid Kau berkata penyertaan itu sebagai usaha membawa suara masyarakat orang asli ke pentas demokrasi selain berjanji akan
00:22menawarkan khidmat kepada semua lapisan masyarakat.
00:26Menurut Rashid, keputusan untuk bertanding bukan didorong atas alasan ingin membalas dendam setelah suara komuniti mereka dikatakan kurang diambil berat.
00:34Sebaliknya penyertaan itu bagi memastikan masyarakat orang asli tidak ketinggalan.
00:39Suara kami tidak diindahkan. Bila menjelang pilihan raya ini, kami bukan nak membalas dendam.
00:44Tapi ini adalah satu proses demokrasi. Jadi untuk menyubuh lagi proses demokrasi negara ini, maka kita turut serta sebagai orang
00:52asli.
00:53Itu hak rakyat untuk memilih dan hak rakyat juga untuk menubuh pertubuhan dan sebagainya.
01:00Kita kena ambil kira sebab kita rakyat Malaysia dan kita tak boleh ketinggalan untuk bersama-sama dengan bangsa-bangsa lain
01:06di negara ini.
01:07Kalau boleh kita mahukan masyarakat orang asli juga duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
01:12Bagi merealisasikan hasrat itu, parti berkenaan memilih anak tempatan Jati Awang sebagai calon di Don Endau.
01:20Jati menegaskan perjuangannya tidak hanya tertumpu kepada masyarakat orang asli kerana tugas wakil rakyat adalah berkhidmat tanpa mengira kaum berteraskan
01:28semangat perpaduan.
01:29Mengapa saya dipilih menjadi calon? Kerana saya nampak dekat Don Endau ini adalah satu kontensi yang baik untuk parti asli
01:42masuk bertanding.
01:43Kita lah satu-satunya calon parti orang asli Malaysia pertama kali dalam sejarah lah.
01:53Kita sawut cabaran, apapun berlaku kita lawan tetap lawan.
02:00Dia lebih kurang macam tu lah.
02:01Jadi harapan kepada parti, masyarakat, komuniti Endau, masuk Melayu, Cina, India terutama orang asli,
02:11kita adalah perpaduan kaum.
02:14Dalam masa sama, Rashid mengakui penyertaan sulung mereka adalah satu ujian untuk membuktikan kemampuan parti orang asli Malaysia sebagai alternatif
02:22kepada pengundi.
02:23Berilah sokongan kepada parti kami, parti baru ini.
02:26Cuba tengok macam mana pula parti baru, parti orang asli ini untuk menjadi wakil rakyat di dalam Don Endau ini.
02:33Saya percaya satu-satunya kita juga mampu memberi perkhidmatan terbaik, jasa bakti baik kepada masyarakat di sini.
02:40kepada negeri Johor dan negara amnya.
02:43Jati berdepan penyandang dua penggal di kawasan itu, Al-Wiyah Talib, yang kini mewakili barisan nasional selain pencabar Pakatan Harapan
02:50dan Perikatan Nasional.
02:53Terima kasih telah menonton!
Comments