Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Hannah berkata kerajaan juga telah menjalankan siasatan dan semakan bebas berhubung isu kolam takungan banjir di Kuala Lumpur, termasuk proses pemberi milikan tanah dan kelulusan pembangunan yang berkaitan.
Transcript
00:00Sebanyak 543 kawasan hijau di Kuala Lumpur telah diwartakan setakat tahun ini sebagai langkah memperkukuh mitigasi banjir.
00:09Manakala jumlah lokasi panas banjir kilat di Ibu Negara berjaya dikurangkan daripada 30 kepada 14 lokasi utama.
00:16Menteri di Jabatan Beran-Menteri Wilayah Persekutuan, Hana Yuh berkata,
00:19usaha itu dilaksanakan menerusi penubuhan dua pasukan petugas yang memfokuskan kepada pewartaan kawasan hijau dan penyelarasan isu kolam takungan banjir.
00:32Hana berkata, kawasan hijau yang diwartakan berfungsi sebagai kawasan tadahan atau sponge bagi menyerap air hujan dengan pasukan petugas berkenaan
00:40melaksanakan proses pewartaan secara agresif setiap bulan.
00:44Task Force mitigasi banjir pula, tugas mereka adalah untuk menjelaraskan dan menyelesaikan isu-isu berhubung kolam takungan banjir.
00:52Untuk kawalan, di bawah DBKL sekarang memang mereka tidak akan memberikan kebenaran merancang untuk tanah-tanah kolam takungan banjir ini
01:00jika syarat teknikal tidak dipatuhi dan belum dipenuhi.
01:06Ada beberapa lagi langkah, Task Force dalaman DBKL juga sedang berjalan.
01:12Setiap kali hujan sekarang, mereka akan memberi laporan 15 minit dan Task Force akan turun ke tapak.
01:18Selain itu, kata Hana, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur tidak akan memberikan kebenaran merancang bagi tanah yang melibatkan kolam takungan
01:25banjir sekiranya syarat teknikal belum dipenuhi.
01:28Pada masa sama, beliau berkata kerajaan telah menjalankan sasatan dan semakan bebas berhubung isu kolam takungan banjir di Kuala Lumpur
01:35termasuk proses pemberi milikan tanah dan kelulusan pembangunan yang berkaitan.
01:40Katanya Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi konsultasi serta menerima taklimat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai hasil siasatan menyeluruh
01:49terhadap proses pemberi milikan tanah dan kelulusan pembangunan sepuluh ini.
01:54Memberitahu Dewan Rakyat, Hana berkata hasil siasatan SPRM mendapati perizaban kolam takungan banjir telah diluluskan pada 19 Jun 1998.
02:04Namun, proses perwartaan masih belum dilaksanakan ketika pemberi milikan tanah dibuat.
02:10Justru pada 9 Oktober 2016, Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan pada masa tersebut bersetuju untuk membatalkan kelulusan perizaban
02:21yang diluluskan pada 19 Jun 1994
02:24bagi membolehkan kelulusan pemberi milikan seluas 80 eka diberi kepada pemaju untuk pembangunan bercampur.
02:33Jadi, rumusannya terdapat kelewatan selama 18 tahun untuk tindakan perwartaan.
Comments

Recommended