00:00Kumpulan WESTA menerusi WESTA Defence Industry Sundian Berhad akan memeterai kerjasama strategik dengan syarikat aero angkasa dan teknologi pertahanan Australia,
00:10Rocket Technologies International pada Rabu.
00:13Ia dijadual berlangsung dalam satu majlis menandatangani perjanjian di Pusat Konvensyen Nasional Canberra, sempena penganjuan Defence Plus Industry Conference 2026.
00:24Ikuti laporan Syaf Syukri dan jurukamera Salehin Hussein dari Canberra, Australia.
00:31Baik, terima kasih rakan setugas di Bukit Jalil dan pastinya kerjasama ini dijangka akan menggabungkan keupayaan industri dan pengalaman serantau
00:39WESTA dengan kepakaran RTI dalam bidang aero angkasa serta sistem teknologi maju.
00:45Dan ini sekaligus membuka ruang kepada kerjasama lebih luas dalam penyelidikan dan pembangunan R&D, research and development, inovasi, latihan
00:54teknikal, pembangunan modal insan serta pembangunan keupayaan industri masa depan.
00:59Dan pada masa sama sebenarnya inisiatif tersebut dijangka memperkukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Kuala Lumpur dan Canberra sendiri selaras
01:09dengan aspirasi perkongsian strategik komprehensif Malaysia-Australia,
01:14komprehensif strategik partnership CSP khususnya dalam kemakmuran ekonomi dan juga kerjasama teknologi dan keselamatan serantau.
01:23Selain itu juga, kedua-dua pihak dijangka akan meneroka peluang kerjasama melibatkan penyelidikan yang diterajui industri, program pemindahan teknologi dan
01:34pengetahuan,
01:35latihan teknikal lanjutan serta kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pemain industri yang melibatkan kedua-dua negara.
01:43Dan pada masa sama juga kerjasama strategik itu turut dijangka menyumbang kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi,
01:51meningkatkan penyertaan industri tempatan dalam sektor berteknologi tinggi serta mewujudkan nilai ekonomi jangka panjang bagi Malaysia dan Australia sendiri.
02:01Dan esok ya majlis menandatangani perjanjian itu dilihat juga sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia
02:10dan Australia,
02:11khususnya melibatkan sektor air wangkasa, teknologi maju dan pembangunan industri strategik.
02:19Dan bagi memetrai perjanjian kerjasama esok, yang akan kami bawakan juga ya,
02:24kumpulan Westar diwakili oleh pengasas dan pengarah urusan kumpulan Westar Group,
02:28Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim yang baru saja tiba di Canberra sebentar tadi
02:33dan akan turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Sri Mohd Khalid Nordin,
02:38Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul
02:40dan Wakil Kerajaan Australia sendiri.
02:42Dan pastinya, apa saja liputan yang berlaku di Canberra ini akan terus saya dan Salehin bawakan dari masa ke semasa.
02:50Dan untuk acara yang paling signifikan esok, akan kami bawakan juga di astroawani.com,
02:55di saluran 501 dan di semua platform media sosial Astroawani.
02:58Untuk itu, sekian laporan saya, Syaf Syukri bersama dengan Juru Kamera Salehin Hussein dari Canberra Australia.
03:05Kembali bersama rakan setugas di Bukit Jalil.