Skip to playerSkip to main content
Empat rakan berdepan hukuman mati

Empat rakan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah lebih 500 gram, bulan lalu.

Tertuduh, Tugimin Mistat, 54; Zulkifli Abdul Halim, 40; Mohd Ashiq Mohd Saed, 40, dan Fitri Hafifi Mohd Hassan, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Asma’ Nahdiyya Che Ab Rahim.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786061/berita/semasa/empat-rakan-berdepan-hukuman-mati

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:01Empat rakan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Magistret Sri Manjung pada Khamis atas pertuduhan
00:10mengedar dadah lebih 500 gram bulan lalu.
00:13Tertuduh berusia antara 35 tahun hingga 54 tahun menganggup faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Asmak Nadia, Cik Abdul
00:24Rahim.
00:25Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:30Mengikut pertuduhan mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya dengan anggaran berat 503.20 gram di sebuah rumah bernombol di
00:40Fasa 2 di Sri Manjung kira-kira jam 3.30 petang pada 26 Jun 2026.
00:46Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan
00:59dikenakan maksimum 12 sebatan sekiranya tidak dikenakan hukuman mati.
01:04Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Zainarida Emilia Zaidi manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
01:11Mahkamah kemudian menetapkan 30 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Recommended