Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Kemunting, Kuala Lumpur. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Transcript
00:00Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di bawah jalan di hadapan sebuah restoran di Ibu
00:07Kota pada Rabu.
00:09Menurut Ketua Polis Daerah Dangwangi, Asisten Komisional Zazali Adam, ia disedari orang awam yang berada di kawasan berkenaan sebelum panggilan
00:17kecemasan disalurkan kepada Pusat Kawalan IPD Dangwangi pada jam 9.55 pagi.
00:23Sepasukan anggota polis kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan dan mendapati seorang lelaki tempatan
00:33berusia 49 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
00:38Pasukan perubatan kemudian menjalankan pemeriksaan sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
00:43Susulan itu, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur HKL untuk menjalani bedah siasat bagi mengenalpasti
00:53punca kematian.
00:55Jelas Zazali, hasil siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah atau keadaan mencurigakan yang boleh dikaitkan dengan kematian
01:04mangsa.
01:04Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
01:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended