00:00Lima warga Cina termasuk dua wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di tapak projek pembinaan Calvert
00:09di Kilometer 41, Jalan Kota Baru Kuala Kerai dekat Macang pada Rabu malam.
00:14Ketua Polis Daerah Macang, Superintenden Azhar Madnur berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu daripada orang awam kira-kira 12
00:23.01 tengah malam.
00:27Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 11.50 malam membabitkan sebuah Toyota Prius yang dipandu
00:36lelaki warga Cina berusia 66 tahun bersama-sama empat lagi penumpang senegara.
00:41Kesemua mereka dalam perjalanan dari Temangan Macang menuju ke Tok Bali, Pasir Putih dengan berpandukan aplikasi peta navigasi.
00:48Kenderaan itu dipercayai masuki kawasan tapak projek Calvert yang masih dalam pembinaan dan belum dibuka kepada orang awam sebelum terjatuh
00:56ke dalam gaung.
00:58Azhar berkata kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 40 hingga 66 tahun dikejarkan ke Hospital
01:06Macang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
01:08Kes disiasat mengikut Seksyen 43-1 Akta Pengangkatan Jalan 1987.
01:15Sementara itu, Komander Operasi PBK1 Mohd Fadzil Musa berkata, dua mangsa cedera parah akibat tersepik di dalam kenderaan terbabit dikenali
01:23sebagai Wang Fu Ying dan Wang Yu Mi, masing-masing berusia 59 dan 61 tahun.
01:29Manakala tiga lagi yang cedera ialah Panji Yin, Yang Chuan dan Zheng Vojin.
Comments