Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
AADK mengesan syabu dan ketum menjadi pilihan utama pemandu kenderaan perdagangan bagi mengekalkan tenaga, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
Transcript
00:00Penyalahgunaan dadah jenis metafetamin atau syabu serta ketum kini dikesan menjadi tren baru dan pilihan utama dalam kalangan pemandu, termasuk
00:09kenderaan, perdagangan sejak 5 tahun kebelakangan ini.
00:13Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, AEDK, Datuk Ruslin Jusuf berkata, penggunaan bahan tersebut dipercayai bertujuan mengekalkan tenaga ketika bekerja, terutama
00:23bagi pemandu yang perlu mandu dalam tempoh yang panjang.
00:26Beliau berkata tren itu turut dibuktikan menerusi ops bersepadu dadah terhadap kenderaan perdagangan di seluruh negara yang dilaksanakan pada Rabu.
00:35Daripada 244 pemandu yang disaring, seramai 22 individu berusia antara 21 hingga 61 tahun ditahan selepas didapati positif dadah.
00:46Menurutnya, 14 daripadanya positif syabu, 6 positif ketum dan 2 lagi positif ganja.
00:52Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan pemandu akui mengambil dadah untuk menambah tenaga.
00:58Operasi selama 10 jam bermula jam 8 pagi itu dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dengan kerjasama AEDK, Agensi Pengangkutan Awam
01:07Darat APAD, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya MOTEC.
01:12Ruslim berkata penyalahgunaan dadah melibatkan kedua-dua golongan belia dan pertengahan umur dengan kadar tertinggi penagihan direkodkan dalam kalangan individu
01:21berusia 19 tahun hingga 39 tahun.
01:24Sementara itu, beliau maklumkan penggunaan dadah sintetik seperti syabu, ketamin dan ekstasi kini mewakili kira-kira 80% daripada keseluruhan
01:32kes penagihan dadah yang dikesan.
01:34Ketua Pengarah JPJ, Dato' A.D. Fadli Ramli berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu yang didapati positif dadah termasuk
01:43penggantungan lesin vocational dan lesin memandu bagi tujuan siasatan.
01:47Beliau berkata syarikat pengangkutan turut boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati menggajikan pemandu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Comments

Recommended