Skip to playerSkip to main content
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pengecualian caj RM1 bagi pengeluaran tunai hanya terpakai bagi ATM milik bank dan tidak terpakai bagi ATM dikendali pengusaha bebas bukan bank yang mengendali rangkaian di bawah perjanjian komersial berbeza.

#AWANInews
Transcript
00:00Dalam mesyuarat Jemaah Menteri juga ada dibangkitkan mengenai pelaksanaan pengecualian fee RM1 untuk otomatik telemesin ataupun ATM yang juga bermula
00:111 Julai.
00:14Beberapa persoalan telah dibangkitkan termasuk dalam platform-platform media sosial mengenai pengecualian fee RM1 ini yang mana melibatkan transaksi bank
00:25di mesin ATM.
00:26Saya telah berhubung dengan pihak Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan penjelasan dan berdasarkan pengumuman, pengecualian fee tersebut asasnya bertujuan memberi
00:40sedikit kelegaan dengan mengetepikan kos pengeluaran wang tunai di antara bank menggunakan ATM yang dimiliki oleh bank.
00:48Langkah ini membolehkan para pelanggan untuk mengeluarkan wang tunai dari mana-mana ATM yang dimiliki bank tanpa dikenakan fee RM1,
00:57selagi mana ATM tersebut dimiliki dan dikendali oleh bank yang menyertai rangkaian perkongsian ATM.
01:06Umuman ini terpakai bagi ATM-ATM milik bank yang bersamaan dengan 84% hampir 16,000 ATM di seluruh negara.
01:16Manakala, bagi 16% ATM dikendali oleh pengusaha-pengusaha bebas yang bukan bank yang mengendali rangkaian di bawah perjanjian komersial
01:27yang berbeza dan bukan di bawah skop pengecualian fee tersebut.
01:31Secara umum, inisiatif ini akan mengembangkan akses pengguna untuk mengeluarkan wang tunai di rangkaian ATM yang dimiliki bank di seluruh
01:40negara.
01:40Saya juga difahamkan pihak Association of Banks in Malaysia dan Association of Islamic Banks in Malaysia ataupun ABM dan IBIM
01:49bakal mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu ini.
Comments

Recommended