Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam talian menerusi pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code - CPC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866). Antara ketetapan baharu ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan mekanisme pengesahan umur bagi memastikan hanya pengguna yang memenuhi syarat umur dibenarkan memiliki akaun.
Transcript
00:00Kerajaan terus memperkukuh keselamatan ruang saiber negara dengan memperkenalkan mekanisme pengesahan umur bagi pengguna media sosial.
00:09Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fazil berkata, inisiatif di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 itu memberi penekanan kepada pelindungan kanak
00:18-kanak daripada risiko dalam talian.
00:23Antara ketetapan baharu ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan mekanisme pengesahan umur bagi memastikan hanya pengguna yang memenuhi syarat umur
00:32dibenarkan memiliki akaun.
00:34Mekanisme pengesahan umur hendaklah dilaksana menggunakan dokumen rasmi yang dikeluarkan atau diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti mycard, pasport, sijil kelahiran
00:44atau dokumen lain yang diiktiraf.
00:45CPC turut membenarkan penggunaan dokumen atau rekod setara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kompeten di bidang kuasa lain bagi memastikan
00:54pelindungan dalam talian dapat diberikan secara saksama kepada semua kanak-kanak.
00:59Fahmi berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ampang, Roziah Ismail mengenai Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 termasuk peraturan, garis
01:09panduan, mekanisme pelaksanaan serta perancangan mempertimbangkan pendekatan keselamatan dalam talian melibatkan kanak-kanak di Parlimen pada Khamis.
01:17Terima kasih.
01:17Terima kasih.
Comments

Recommended