Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
Sebanyak 1,154 program libatkan 12,974 usahawan jana RM16.8 juta. KPKM dan FAMA perkukuh rantaian bekalan, atasi lambakan serta monopoli melalui pembelian terus, 42 pusat operasi, 953 outlet dan Pasar Tani Kekal.
Transcript
00:00Sebanyak 1,154 program jualan agro madani sudah dilaksanakan hingga Mei lalu yang membabitkan seramai 12,974 usahawan tani di
00:11seluruh negara dengan nilai jualan sebanyak RM16.8 juta.
00:16Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata,
00:21Inisiatif itu adalah satu langkah mitigasi isu lambakan dan monopoli orang tengah serta inflasi harga yang menjejaskan dasar Keterjaminan Makanan
00:31Negara.
00:34Selain itu, Kementerian menerusi Pharma juga membeli hasil pertanian secara terus dari ladang menerusi 42 pusat operasi untuk dipasarkan ke
00:42953 outlet pemasaran.
00:44Ujannya langkah ini membolehkan hasil pertanian diikutip terus dari ladang dan disalurkan segera ke pusat pengumpulan atau pasaran terpilih sekaligus
00:52menjamin kelancaran rantaian bekalan serta kestabilan harga di pasaran.
00:56Ia bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr. Wijat Seng, MCA Tanjung Pia yang meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan
01:04langkah intervensi kementerian untuk memastikan hasil tanaman alternatif tidak menghadapi masalah lambakan atau monopoli pemborong mahupun inflasi harga yang merugikan
01:13petani.
01:13Menurut Kementerian itu juga, Pharma juga mewujudkan pasar tani kekal yang berfungsi sebagai pusat pemasaran kekal yang dilengkapi dengan infrastruktur
01:21modern dan menempatkan usahawan di bawah satu bumbung dengan operasi harian.
01:25KPKM yakin usaha yang dilaksanakan ini mampu memacu hal tujuh Keterjaminan Makanan Negara dengan kolaborasi strategik merentas kementerian dan agensi
01:33melalui pendekatan keseluruhan kerajaan seterusnya yang meningkatkan tahap Keterjaminan Bekalan Makanan Negara.

Recommended