Skip to playerSkip to main content
Tinjauan Astro AWANI mendapati pengundi di DUN Kahang berharap wakil rakyat yang dipilih memberi keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas, peluang ekonomi serta pembangunan yang mampu meningkatkan kesejahteraan penduduk.

#PRNJohor #JohorMemilih
Transcript
00:00Di sebalik kehangatan kempen pilihan raya negeri Johor, pengundi di Dun Kahang mempunyai keutamaan mereka sendiri.
00:07Bagi kebanyakan penduduk, isu kemudahan asas dan peluang ekonomi antara perkara yang diharapkan dapat diberi perhatian oleh wakil rakyat yang
00:16bakal dipilih.
00:17Rakan setugas Amirul Aiman ada perinciannya.
00:23Kurang dua minggu sebelum hari pengundian, calon-calon giat turun padang bertemu pengundi di Dun Kahang.
00:30Namun bagi penduduk setempat, tempuan bukan hanya kepada kempen, sebaliknya kepada penyelesaian isu yang memberi kesan kepada kehidupan harian mereka.
00:40Kalau boleh diperbaiki lagi macam ekonomi macam kat sini, segi ladang memang banyak tapi kadang-kadang orang kampung ada yang
00:53tak dapat pekerjaan.
00:55Seperti ladang kat sini, jalan pergi ke taman negara itu, lebih kurang dalam 20 syarikat ladang.
01:02Jadi syarikat itu syarikat yang berlainan.
01:07Untuk ada market ke ataupun ada sedikit aktiviti sosial ke, itu kalau bercanda aktiviti sosial itu memang perlukan lagi lah.
01:18Sekarang ni?
01:19Sekarang ni pun ok. Cuma sebab sini pekan kecil kan. Malam itu orang tak apa-apa nak keluar.
01:27Nak keluar pun mungkin tak tahu nak pergi mana kot. Harapkan kedai makan je.
01:29Kalau ada macam pembangunan-pembangunan yang lebih, maksudnya mendatangkan keberhasilan.
01:37Contoh kalau macam kita tengok kita ada klinik satu Malaysia ni, mungkin boleh letak doktor kot.
01:43Sebab kalau kita pergi pada klinik kesihatan bitong, suasana tu macam sesak.
01:49So orang tunggu lama, kadang-kadang mana yang ada anak kecil, kadang-kadang anak kecil sampai nangis.
01:54So kalau pergi hospital pula, hospital kadang-kadang parking susah.
01:59Setelah berkongsi isu yang dihadapi, rata-rata pengundi turut menyuarakan harapan terhadap individu yang bakal dipilih mewakili dun kahang.
02:08Kalau pembangunan saya, saya minta pembangunan ni di kampung silukut ni digelar agroturism untuk tahun melawat Johor.
02:20Jadi kalau boleh, buatlah contoh macam program tu diperluaskan lagi seperti sukan eka ataupun membangunkan bangunan-bangunan yang uzur tu
02:35untuk agroturism tu.
02:38Kalau boleh, mintalah bantuan daripada kerajaan yang ada sekarang.
02:41Akan harap lebih dekat dengan rakyat lah. Dan mengambil catnah lah. Setiap info, info apa yang rakyat beri ataupun cadangan,
02:49diambil kira juga lah.
02:51Itu sahaja. Tak kisah. Mana-mana parti pun kita, kalau dah menang kita sokong lah. Itu sahaja.
02:58Laporan daripada Amirul Aiman dan Jurukamera Rozi Maksani, Astro Awani.
Comments

Recommended