Skip to playerSkip to main content
Kalau dah bosan dengan sup biasa, wajib cuba Sup Cendawan Ala Thai ni! Kuah masam pedas yang wangi, cendawan yang lembut dan hirupan pertama memang terus membuka selera. Sesuai sangat dinikmati waktu hujan, malam-malam atau bila tekak terasa nak sesuatu yang panas dan menyegarkan.

SUP CENDAWAN ALA THAI

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih | dicincang halus
3 biji bawang merah | dihiris nipis
2 batang akar ketumbar
1 batang serai
1 liter air
1 kiub pati ayam
5 – 8 biji cili padi | diketuk
250gm cendawan tiram
8 batang baby corn
10 biji tomato ceri
1 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji limau nipis | diambil jus
Daun ketumbar | dihiris kasar
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #supcendawanalathai #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Rasa nak makan something yang panas dan masam-masam?
00:02Haa, jom kita cuba buat sup cendawan alat Thai ni.
00:05Ada gabungan rasa masam dan pedas yang membuka selera.
00:08Mula-mula panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama bawang merah
00:11sampai naik bau dan sedikit keperangan.
00:14Lepas tu, masukkan akar ketumbar dan serai.
00:16Dua bahan rasa ni buat kuah jadi lagi harum dan beraroma.
00:20Kemudian kita tuangkan 1 litre air dan masukkan daun lima purut.
00:23Masukkan juga kiuk pati ayam, cili padi dan sos ikan.
00:26Gau rata dan biarkan kuah mendidih.
00:28Sos ikan ni jangan skip tau sebab sos ikan ni bagi rasa umami
00:32yang buat kuah kita jadi lagi sedap.
00:34Bila kuah dan mendidih, masukkan cendawan tiram dan baby corn.
00:37Rebus sampai cendawan lembut dan menyerap semua rasa kuah.
00:40Lepas tu, masukkanlah sebut lada hitam, sebut perasa dan gaul sebati.
00:46Masukkan tomato cherry dan biarkan masak sekejap.
00:49Sekarang kita tutup api dan masukkan limau nipis.
00:52Kita ambil jus sahaja.
00:53Cara ni, bantu kekakan aroma dan rasa segar limau supaya kuah tak pahit.
00:57Jangan lupa tambah garam sebagai pelengkap rasa.
01:01Taburkan daun ketumbar, gaul perlahan-lahan dan dah siap sup cendawan alatai kita.
01:06Sedapnya kalau dapat hirup panas-panas memang satu mangkuk pun tak cukup.
01:09Jangan lupa tutup oleh memasak kami setiap selasa dan kami sendiri tak rasa.
01:13Selamat mencuba ingat makan, ingat rasa.
01:16Selamat mencuba ingat.
01:18Selamat mencuba ingat.
Comments

Recommended