Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Penduduk selatan Lubnan menyuarakan reaksi bercampur terhadap pengumuman gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah, dengan laporan serangan masih berlaku walaupun perjanjian telah berkuat kuasa. Konflik berterusan mengorbankan puluhan nyawa, sekaligus menjejaskan usaha damai di rantau Asia Barat.
Transcript
00:00Penduduk di Selatan Luknan menerima berita pengumuman genjata senjata antara Israel dan Hezbollah dengan reaksi bercampu-campu.
00:08Ini kerana hasil pemantauan mendapati terdapatnya serangan yang masih dilancarkan oleh Israel ke atas wilayah tersebut sekaligus menjejaskan proses pendamaian
00:19yang sedang diusahakan.
00:22Pegawai Amerika Syarikat berkata Israel dan Hezbollah bersetuju melaksanakan genjata senjata bermula jam 4 petang waktu tempatan.
00:30Ini selepas peningkatan konflik di Lubnan menguji perjanjian sementara antara Amerika dan Iran bagi menamatkan konflik lebih luas di Asia
00:38Barat.
00:38Manakala seorang pegawai kanan Israel serta dua sumber Hezbollah turut mengesahkan pelaksanaan genjata senjata tersebut kepada media antarabangsa.
00:45Bagaimanapun, pegawai Israel berkenaan menyatakan bahawa sekiranya Hezbollah tidak melancarkan serangan, maka situasi itu tidak lagi dianggap sebagai keadaan perang
00:53sambil menambah bahawa tentera Israel akan terus berada di selatan Lubnan.
00:57Namun hampir sejam selepas genjata senjata sepatutnya berkuat kuasa, terdapat laporan bahawa serangan Israel masih dapat dilihat merentasi sempadan di
01:05Lubnan dengan kepulan asap kelihatan berhampiran sebuah perkampungan di kawasan sempadan.
01:09Kementerian Kesehatan Lubnan melaporkan sekurang-kurangnya 47 individu terbunuh akibat serangan udara Israel sejak tengah malam,
01:17manakala Israel memaklumkan empat tenteranya maut di selatan Lubnan dan salah satu serangan paling dahsyat oleh Hezbollah sepanjang konflik.
01:25Sejak 2 Mac lalu, Kementerian tersebut merekodkan seramai 3,912 individu terkorban akibat serangan Israel termasuk 746 petugas perubatan, wanita
01:35dan kanak-kanak.
01:35Israel turut melaporkan sekurang-kurangnya 32 anggota tenteranya serta empat orang awam terbunuh akibat pertempuran dengan Hezbollah.
Comments

Recommended