Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama strategik, khususnya sektor tenaga, dengan penyertaan beberapa menteri dan agensi berkaitan.
Transcript
00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan kerja rasmi beliau ke Turkmenistan telah mencapai matlamat yang digariskan, khususnya dalam
00:09memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
00:14Beliau berkata lawatan itu juga turut membuka lembaran baru dalam usaha memperluas kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama,
00:24terutama sektor tenaga yang mempunyai potensi besar untuk diteroka dan dimanfaatkan demi kemakmuran kedua-dua negara.
00:33Dalam hantaran di Facebook, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Turkmenistan Serdar Berdy Mohamedov serta semua pihak yang telah memberikan
00:43layanan cukup mesra kepada delegasi Malaysia.
00:46Ini termasuk pasukan kementerian, kedutaan besar Malaysia di Ashgabat, Petronas, petugas keselamatan serta rakan-rakan media yang dianggapnya memainkan peranan
00:56penting dalam memastikan kelancaran setiap urusan.
00:59Pada lawatan itu, Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdugani, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir
01:09serta pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.
01:14Lawatan rasmi selama dua hari bermula 18 Jun itu merupakan kunjungan pertama Anwar ke Turkmenistan sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia
01:22ke-10 pada November 2022 atas jemputan Berdy Mohamedov.
01:29Terima kasih kerana menonton!

Recommended