00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sari Hidup KPDN mengagalkan penyelewengan 59,000 kg minyak masak paket bersubsidi dianggarkan bernilai
00:09RM393,040 menerusi 3 serbuan di Negeri Sembilan dan Selangor.
00:15Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Dato' Azman Adam berkata, serbuan itu hasil risikan dan pemantauan sebelum dilakukan di dua premis di
00:22Seremban dan satu premis di Seri Kembangan.
00:27Menurut beliau, premis berkenaan dipercayai dijadikan pusat penyimpanan dan pemprosesan minyak masak paket bersubsidi secara tidak sah.
00:35Hasil pemeriksaan mendapati premis digunakan untuk menyimpan minyak masak paket bersubsidi serta cecair dalam tangki IBC dan pelbagai peralatan bagi
00:44tujuan pemindahan dan penyimpanan sebelum diedarkan semula.
00:47Beliau berkata sindiket dipercayai mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi daripada pembungkus atau pemborong sebelum dibawa ke premis tersebut untuk diproses.
00:56Minyak masak berkenaan kemudian dipindahkan daripada bungkusan asal ke dalam tangki sebelum dijual kepada pihak ketiga termasuk pengusaha minyak masak
01:05terpakai bagi memperoleh keuntungan lebih tinggi.
01:08Azman berkata siasatan awal mendapati pengendali premis gagal mengemukakan lesen atau dokumen berkaitan penyimpanan dan urus niaga barang kawalan.
01:17Dalam operasi tersebut pihak berkuasa turut menyita pelbagai barangan termasuk minyak masak, cecair disyaki minyak masak, tangki IBC, pump, hose,
01:26forklift, lori serta peralatan pembukusan.
01:30Seramai sembilan individu ditahan terdiri daripada tiga warga tempatan dan enam warga asing bagi membantu siasatan.
01:37Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. KPDN turut menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti rangkaian sindiket serta
01:48penglibatan pihak lain dalam aktiviti penyelewengan tersebut.
Comments