Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dua pekerja maut selepas lori muatan ayam hilang kawalan dan rempuh lori penyelenggaraan di lebuh raya PLUS Kulai.
Transcript
00:00Dua pekerja penyalanggaraan Leburaya maut selepas dirempuh dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di kilometer 49.3 Leburaya Utara Selatan
00:10plus arah selatan pada Rabu.
00:13Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Li berkata pihak polis menerima laporan kejadian kira-kira pada jam 2
00:21pagi.
00:24Menurut beliau, kemalangan rantaian itu melibatkan sebuah lori muatan ayam, lori syarikat penyelenggaraan Leburaya dan sebuah lori tangki.
00:33Siasatan awal mendapati ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahu jalan, sebuah lori muatan ayam dari arah belakang
00:41dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lori penyelenggaraan.
00:45Akibat pelanggaran tersebut, lori penyelenggaraan terdorong ke hadapan lalu menyebabkan satu lagi pelanggaran dengan lori tangki.
00:54Dua mangsa yang maut ialah pemandu lori penyelenggaraan, lelaki tempatan berusia 43 tahun dan kelindannya, warga Bangladesh berusia 56 tahun.
01:05Kedua-dua mereka meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bagian kepala.
01:10Sementara itu, pemandu lori muatan ayam berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke
01:18Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk rawatan.
01:22Manakala pemandu lori tangki berusia 31 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
01:29Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital bagi proses berdasiasat.
01:34Kes disiasat di bawah Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.
01:46Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes.
Comments

Recommended