00:00Timbalan Menteri Komunikasi Tio Ni Ching yakin dengan keupayaan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nalini Pathmanadet menerajui Majlis Media
00:10Malaysia MMM dengan merujuk rekod kehakimannya yang cemelang termasuk penghakiman berbeza pandangan berkaitan kebebasan media dan hak perlembagaan.
00:20Dalam hantaran di Facebook, Tio menyifatkan Nalini sebagai seorang Hakim yang dihormati sepanjang kerjanya di mana beliau secara konsisten memperlihatkan
00:30kebijaksanaan perundangan yang berpandangan jauh serta nilai kemanusiaan yang mendalam.
00:39Tio menekankan penghakiman berbeza pandangan Nalini dalam satu kes penting membabitkan portal berita dalam talian yang menyaksikan beliau memutuskan bahawa
00:48portal berkenaan tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan terhadap komen yang disiarkan oleh pelanggannya.
00:54Begitu juga dalam keputusan majoriti 4-3 berkaitan kewarganegaraan Malaysia bagi seorang anak tidak sah taraf, CTBE yang dilahirkan oleh
01:04bapa warganegara Malaysia dan ibu warga asing.
01:08Tio berkata penghakiman berbeza pandangan Nalini yang menyentuh perasaan dengan memperjuangkan tafsiran undang-undang kewarganegaraan dalam perlembagaan yang bersifat bertujuan
01:19dan berperi kemanusiaan.
01:20Katanya beliau tidak ragu-ragu bahawa majlis itu akan berkembang menjadi sebuah badan berkanon bebas yang kukuh, bebas dan mampu
01:29terus meningkat serta melindungi integriti industri media di bawah kendalian Nalini nanti.
01:36Tio menarik perhatian bahawa MMM akhirnya ditubuhkan pada 2025 selepas 5 dekad usaha advokasi, petisyen dan dialog dasar.
01:45Nalini dilantik sebagai pengerusi MMM Badan Berkanon Bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Media Malaysia 2025.
01:55Pelantikan Nalini mendapat sokongan sebelah suara ahli lembaga MMM dalam mesyuarat pada 26 Mei lalu.
02:02Terima kasih telah menonton!
02:02Terima kasih telah menonton!
02:03Terima kasih telah menonton!
Comments