00:00Seterusnya pemimpin negara kumpulan tujuh G7 berikrar memperkukuh pelindungan dalam talian bagi kanak-kanak dan remaja susulan kebimbangan terhadap risiko
00:10yang ditimbulkan oleh platform digital.
00:13Dalam kenyataan bersama di akhir sidang kemuncak tiga hari di Evian Perancis, pemimpin G7 menggesa pelaksanaan sistem pengesahan umur yang
00:22lebih ketat serta langkah keselamatan tambahan di platform digital.
00:30Mereka turut menekankan keperluan tindakan tegas terhadap penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak dan kandungan eksplisit termasuk deepfake.
00:38Pemimpin G7 berkata, penyedia perkhidmatan digital perlu memastikan platform direka dengan ciri keselamatan sejak awal selain menyediakan alat kawalan kepada
00:48ibu bapa bagi memantau penggunaan anak-anak.
00:51Langkah itu diambil di tengah-tengah perdebatan global mengenai kesan platform seperti TikTok, Instagram dan Snapchat terhadap kesihatan mental serta
01:01keselamatan kanak-kanak.
01:02Walaupun platform berkenaan diakui mampu menyokong pembelajaran dan kreativiti, G7 memberi amaran bahawa golongan muda berisiko terdedah kepada gandungan tidak
01:12sesuai dan interaksi berbahaya.
01:15Pemimpin turut menyuarakan kebimbangan terhadap ciri platform yang memaksimumkan engagement yang boleh mendorong ketagihan dalam kalangan pengguna muda.
01:24Sehubungan itu, sistem cadangan kandungan disaran direka supaya hanya memaparkan bahan yang sesuai dengan umur dan mengurangkan pendedahan kepada risiko.
Comments