Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Trump berkata serangan ke atas sekolah di Iran tidak disengajakan ketika siasatan masih berjalan.
Transcript
00:00Dalam pada itu, Trump mendakwa serangan ke atas sebuah sekolah perempuan di Iran bukan disengajakan, sambil menegaskan siasatan terhadap insiden
00:08itu masih berlangsung.
00:10Dalam kenyataan terbaru, Trump berkata tiada pihak bertindak secara sengaja menyasarkan sekolah berkenaan dalam serangan yang berlaku pada Februari lalu.
00:30It's such a strange question to be asked at this date, talking about a long time ago but nobody did
00:36that on purpose.
00:38I guess you'd have to say about them, what about the thousands of soldiers that they blew up when they
00:44opened their car door, what about the thousands of people that were killed by Iran?
00:49No, mistakes are made, the war is nasty but I know it's under investigation and I could have a report
00:55for you tomorrow.
00:57Menurut pihak berkuasa Iran, serangan tersebut dilaporkan mengorbankan lebih 175 pelajar dan juga guru.
01:04Perkembangan itu sesulah laporan yang mendedahkan siasatan dalaman awal tentera Amerika Syarikat, menunjukkan serangan tersebut berkemungkinan melibatkan tentera Amerika.
01:14Bagaimanapun, Pentagon tidak mengesahkan dapatan awal itu dan menyatakan siasatan kini dipertingkatkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
01:23Trump sebelum ini mendakwa Iran bertanggungjawab terhadap serangan itu namun kemudian maklumkan beliau tidak mempunyai maklumat mencukupi dan akan menunggu
01:31hasil siasatan rasmi.
01:33Insiden berkenaan menjadi antara isu sensitif dalam konflik antara Amerika Syarikat dan Iran khususnya dalam konteks rundingan damai yang masih
01:41berjalan.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended