Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Trump berkata perjanjian Iran penting untuk elak bencana ekonomi global dan stabilkan pasaran tenaga.
Transcript
00:00Bercakap kepada media di Perancis sempena sidang kemuncak G7, Presiden Donald Trump mempertahankan perjanjian damai dengan Iran atas alasan konflik
00:10berpanjangan di Asia Barat berpotensi mencetuskan krisis ekonomi global.
00:15Trump berkata beliau mahu mengelak situasi kemelesetan seperti yang berlaku semasa era Presiden Herbert Hoover ketika krisis pasaran saham 1929.
00:28Konflik yang bermula dengan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu telah menyebabkan lonjakan harga
00:36tenaga, meningkatkan tekanan inflasi serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.
00:41Situasi itu turut mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan bekalan makanan khususnya di negara membangun.
00:48Trump berkata perjanjian yang dicapai bersama Iran akan membolehkan penghantaran minyak melalui selat hormus kembali beroperasi sekaligus membantu menstabilkan pasaran
00:58tenaga dunia.
01:00Amerika Syarikat dan Iran sebelum ini bersetuju dengan Memorandum Persefahaman untuk menamatkan konflik dengan Majlis Pemeterayan Rasmi dijangka berlangsung pada
01:0919 Jun.
01:10Trump juga optimis bahawa kepimpinan baru Iran akan mengambil pendekatan lebih sederhana dan tidak akan membangunkan senjata nuklear.
01:18Bagaimanapun, pemerhati berpandangan beberapa isu utama masih belum diselesaikan termasuk program nuklear Iran, keupayaan peluru berpandu balistik serta sokongan terhadap
01:29kumpulan bersenjata di rantau itu.
01:31Walaupun begitu, pemimpin G7 dilaporkan menyambut baik perkembangan perjanjian tersebut sebagai langkah ke arah meredakan ketegangan di Asia Barat.
Comments

Recommended