Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Anwar Ibrahim menyatakan potensi kerjasama strategik sektor tenaga, termasuk hiliran, penapisan dan petrokimia, memanfaatkan kedudukan Tatarstan sebagai pengeluar minyak utama Rusia.
Transcript
00:00Malaysia dan Republik Tatarstan meneroka potensi untuk memperluaskan kerjasama dalam industri minyak dan gas termasuk aktiviti hidiran, penapisan serta petrokimia.
00:10Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia mengambil kira kedudukan Republik Tatarstan sebagai wilayah pengeluar minyak utama di Rusia
00:17sekaligus membuka ruang kerjasama lebih strategik dalam sektor tenaga.
00:23Selain sektor tenaga, Malaysia dan Republik Tatarstan turut membincangkan potensi kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, industri halal, teknologi
00:35serta pembangunan bakat.
00:37Perkara itu diutarakan semasa pertemuan Anwar dengan Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minikanov bagi membincangkan hubungan dua hal antara Malaysia dan
00:46wilayah perkenaan.
00:47Selain itu, peranan Forum Kazan turut disentuh dalam perbincangan tersebut sebagai platform untuk memperkukuh hubungan perniagaan selain membuka peluang baru
00:57dalam bidang inovasi, ekonomi digital dan pelaburan strategik.
01:01Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kazan atas pengiktirafan sebagai Bandar Kebudayaan Dunia Islam 2026 oleh ISESCO
01:11yang mencerminkan peranannya sebagai Pusat Keilmuan Islam, Kebudayaan dan Inovasi.
01:16Beliau juga menghargai visi Presiden Rusia Vladimir Putin melalui penubuhan Strategik Vision Group SVG yang berperanan sebagai jambatan penting antara
01:26Rusia dan dunia Islam dalam memperkukuh dialog serta kerjasama yang lebih bermakna.
01:32Ujar Anwar, beliau berharap pertemuan ini akan mempererat hubungan Malaysia dan Tatarstan sekaligus membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi
01:40manfaat nyata kepada rakyat dan ekonomi kedua-dua pihak.
Comments

Recommended