Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Seekor buaya tembaga seberat kira-kira 250 kilogram berjaya ditangkap selepas hampir seminggu dipantau di Kolam Tadahan Krubong.
Operasi selama lima jam itu melibatkan PERHILITAN dan BKSA, sekali gus menjadi tangkapan pertama direkodkan di kawasan berkenaan.
Kejayaan ini hasil kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.
Transcript
00:00Selepas hampir seminggu pemantauan dijalankan seekor buaya tembaga seberat kira-kira 250 kg, akhirnya berjaya ditangkap dalam satu operasi yang
00:11melangsung selama 5 jam di kolam tadahan di Kerubong pada Selasa.
00:15Pengarah Jabatan Pelindungan Hidupan Lia dan Taman Negara Perhilitan Melaka, Norshira Mustafa berkata, reptilia sepanjang 3.46 meter itu ditemui
00:25dalam perangkap yang dipasang dengan kerjasama badan kawal selia air sejak 9 Jun lalu.
00:34Ujarnya operasi tersebut dilaksanakan bermula jam 5 petang hingga 10 malam Selasa selepas pihak berkuasa mengesahkan haiwan berkenaan memasuki perangkap.
00:43Buaya itu dikenalpasti sebagai spesies buaya tembaga atau Crocodile Porosus dengan anggaran berat sekitar 250 kg serta panjang keseluruhan 3
00:54.46 meter.
00:56Kaedah tangkapan yang digunakan adalah melalui pemasangan perangkap khas bagi memastikan proses penangkapan berjalan dengan selamat dan lancar.
01:05Selain itu, tangkapan tersebut juga merupakan yang pertama direkodkan di kawasan kolam tadahan atau pamp air berkenaan.
01:15Menurut Norshira, kejayaan operasi itu disifatkan hasil pemantauan berterusan serta kerjasama pelbagai agensi dalam memastikan keselamatan orang awam dan kawasan
01:25sekitar terjamin.
01:28Operasi yang dijalankan itu turut disaksikan Expo Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh serta
01:37pengarah sumber air BKSA, Azizul Azran Mahmur.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended