00:00Seterusnya, Australia melonggarkan nasihat perjalanan ke lima negara Asia Barat, susulan perjanjian damai yang dicapai antara Amerika Syarikat dan Iran
00:09bagi menamatkan konflik di rantau berkenaan.
00:13Menurut Menteri Luarnya, Penny Wong, nasihat perjalanan tersebut dikeluarkan agar orang ramai menilai semula keperluan perjalanan mereka bagi mengelakkan sebarang
00:23risiko.
00:23Ujar Wong, negara yang terlibat merangkumi Bahrain, Israel, Kuwait, Qatar dan Emirah Arab Bersatu, UAE.
00:31Keputusan itu dibuat susulan penilaian semasa kerajaan yang mendapati keadaan ketika ini membolehkan tahap nasihat perjalanan itu diturunkan.
00:40Namun, Wong menyarankan rakyat Australia agar terus menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke negara-negara teluk.
00:48Katanya, situasi keselamatan di Timur Tengah masih boleh berubah dengan cepat tanpa sebarang amaran.
Comments