Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Parlimen Eropah pada Selasa meluluskan langkah untuk mengurangkan duti ke atas banyak barangan import dari Amerika Syarikat, sebagai usaha memenuhi komitmen Kesatuan Eropah (EU) dalam perjanjian perdagangan yang dimeterai tahun lalu.
Transcript
00:00Parlimen Eropah pada Selasa meluluskan langkah untuk mengurangkan duti ke atas sebagian besar barangan import dari AS sebagai usaha memenuhi
00:10komitmen Kesatuan Eropah-EU dalam perjanjian perdagangan yang dimenterai pada tahun lalu.
00:16Langkah itu bertujuan mengelakkan tercetusnya semula konflik tarif antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia selepas Washington memberi amaran akan mengenakan
00:26tarif lebih tinggi sekiranya EU gagal bertindak sebelum tarikh akhir 4 Julai.
00:34Perjanjian rangka kerja tersebut dicapai antara Presiden AS Donald Trump dan EU di padang Gulf Turnberry, Scotland pada Julai tahun
00:43lalu.
00:43Di bawah perjanjian itu, EU bersetuju untuk menghapuskan duti import ke atas barangan industri dari AS manakala Washington mengenakan tarif
00:53sebanyak 15% ke atas kebanyakan barangan EU.
00:57Namun selepas hampir 11 bulan, EU masih belum melaksanakan sepenuhnya pemotongan duti tersebut sekaligus mencetuskan tekanan daripada Trump yang mengancam
01:06untuk mengenakan tarif lebih tinggi jika tiada tindakan diambil.
01:09Dengan kelulusan Parlimen Eropah, EU dijangka mampu memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan.
01:16Perundangan baru itu turut melanjutkan kemasukan tanpa duti bagi import undang karang dari AS, satu perjanjian kecil yang dicapai ketika
01:26penggal pertama Trump sebagai Presiden.
01:28Undang-Undang berkenaan akan berkuat kuasa sehingga akhir 2029 dan mengandungi beberapa klausa keselamatan yang membolehkan EU menggantung konsesi sekiranya
01:38AS melanggar syarat perjanjian Turnberry.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended