00:00Keperluan melantik individu di dalam kalangan pengamal media bagi jawatan pengerusi Majlis Media Malaysia, MMM, wajar dibincangkan, kata pensyarah Pusat
00:10Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia, UUM, Dr. Mohd Hafifi Jamri.
00:18Ini selepas pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nalini Pathmanaden, kejawatan tersebut.
00:26Dr. Mohd Hafifi Jamri berpandangan jawatan itu sepatutnya disandang individu berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan perlu dibincangkan.
00:36Jelasnya individu yang mempunyai latar belakang media sememangnya memiliki pemahaman berkaitan cabaran operasi, etika kewartawanan serta dinamika industri yang sentiasa
00:48berubah.
00:49Beliau menegaskan MMM merupakan badan media yang mempunyai peranan yang luas merangkumi aspek takbil urus, accountability, penyelesaian pertikaian serta kepentingan
01:00awam.
01:00Pada 26 Mei lalu, media melaporkan pelantikan Nalini sebagai pengerusi MMM telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli lembaga dalam satu
01:10mesyuarat yang dijalankan.
01:12Mohd Hafifi menyifatkan pelantikan itu sebagai satu langkah menarik memandangkan Nalini membawa pengalaman luas dalam bidang perundangan, integriti institusi dan
01:22takbil urus.
01:23Bagaimanapun, menurut pensyarah Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Harmi Ta'zim Mohamad berpandangan pelantikan tersebut perlu dilihat secara
01:34menyeluruh.
01:35Jelasnya, walaupun Nalini bukan daripada industri media, kepakarannya dalam bidang keadilan, takbil urus dan integriti boleh menjadi aset penting kepada
01:45MMM.
01:47Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa suara pengamal media, editor serta pemain industri perlu terus menjadi komponen utama dalam proses membuat keputusan.
01:57Sementara itu, setiap usaha MMM, Razi Razak, memaklumkan bahawa pemilihan individu yang bukan daripada industri media telah melalui perbincangan dalam
02:07kalangan ahli lembaga sebelum keputusan dibuat.
02:09Beliau menambah keutamaan kini adalah untuk membina sebuah institusi yang bebas, beli bawa serta mampu mempertahankan standar etika dan kebebasan
02:18media untuk jangka panjang.
Comments