Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan India mengambil langkah luar biasa apabila menyekat sementara aplikasi pemesejan Telegram, selepas ia didakwa digunakan oleh sindiket penipuan berkaitan peperiksaan kemasukan perubatan kebangsaan.
Transcript
00:00Seterusnya, kerajaan India mengambil langkah luar biasa apabila menyekat sementara aplikasi Telegram selepas ia didakwa digunakan oleh sindiket penipuan berkaitan
00:10peperiksaan kemasukan perubatan kebangsaan.
00:13Menurut Kementerian Pendidikan India, melalui Agensi Pengujian Kebangsaan, NTA, sekatan itu dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap penggunaan platform berkenaan oleh
00:23rangkaian penipuan yang menyasarkan calon peperiksaan National Eligibility Camp Entrance Test NIT 2026.
00:33Peperiksaan ulangan NIT yang dijadwalkan pada 21 Jun 2026 sebelum ini sudah terjejas akibat kontroversi kebocoran soalan yang turut menyebabkan
00:43keputusan peperiksaan bagi jutaan calon dibatalkan pada bulan lalu.
00:48Ketua NTA Abhishek Singh berkata, Telegram telah disalahgunakan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kertas soalan palsu seolah
00:58-olah ia adalah soalan sebenar.
01:00Kerajaan India turut mengarahkan syarikat teknologi gegasi Google dan Apple untuk menerunkan sementara aplikasi Telegram daripada gedung aplikasi masing-masing
01:09dan kedua-duanya dijangka mematuhi arahan tersebut.
01:13Sebelum ini, Kerajaan India membatalkan keputusan peperiksaan perubatan Sarjana Munda NIT bagi kira-kira 2.3 juta calon selepas siasatan
01:23terhadap dawaan kebocoran soalan.
01:24Susulan itu protes tercetus di beberapa wilayah di India termasuk demonstrasi oleh kumpulan aktivis yang menuntut perletakan jawatan Menteri Pendidikan
01:34Damendra Pradhan.
01:36Setakat laporan itu, Telegram belum memberi sebarang kenyataan rasmi manakala aplikasi berkenaan masih dilaporkan berfungsi di India pada pagi selasa
01:45waktu tempatan.
01:46Terima kasih.
Comments

Recommended