Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Seorang arkitek dari Long Island, Rex Heuermann, yang mengaku membunuh lapan wanita dalam siri serangan sejak era 1990-an, dijangka dijatuhi hukuman pada Rabu, sekali gus menamatkan satu kes pembunuhan bersiri yang menggemparkan Amerika Syarikat selama lebih dua dekad.
Transcript
00:00Seorang arkitek dari Long Island, Rex Heumann, yang mengaku membunuh 8 wanita dalam siri serangan sejak era 1990-an,
00:09dijangka dijatuhi hukuman pada Rabu sekaligus menamatkan satu kes pembunuhan bersiri yang menggemparkan Amerika Syarikat selama lebih 2 dekad.
00:18Kes berprofil tinggi yang dikenali sebagai Gilgo Beach Mothers akhirnya dapat diselesaikan selepas siasatan terhenti selama bertahun-tahun
00:27sebelum kemajuan dicapai melalui bukti DNA yang membawa kepada penahanannya pada 2023.
00:36Menurut Pejabat Peguam Daerah Suffolk County, Heumann, 62 tahun, mengaku mencekik mangsa-mangsa tersebut kebanyakannya wanita berusia dalam lingkungan 20
00:46-an
00:46dan turut memotong sebagian mayat sebelum membuangnya di kawasan terpencil dalam bungkusan guni.
00:52Dia sebelum ini didakwa atas tujuh pertuduhan pembunuhan yang berlaku antara 1993 hingga 2010.
00:59Namun dalam prosedi mahkamah, pada Rabu dia turut mengaku ke atas satu lagi pembunuhan tambahan yang tidak termasuk dalam pertuduhan
01:07asal.
01:08Kes Gilgo Beach Mothers mula mendapat perhatian nasional selepas pihak berkuasa menemui beberapa rangka manusia
01:14di sepanjang kawasan terpencil Gilgo Beach pada 2010 dan 2011, kira-kira 48 km dari bandar New York berhampiran kediaman
01:24Heumann.
01:25Siasatan yang gagal mengenalpasti suspek selama bertahun-tahun itu turut menjadi inspirasi kepada pelbagai film dan dokumentari jenayah.
01:33Pihak penyiasat akhirnya mengaitkan Heumann dengan kes tersebut melalui bukti DNA termasuk sampel yang diperoleh daripada sisa makanan
01:42seperti kulit pizza yang dibuangnya ketika dipantau oleh pasukan pengawasan di Manhattan.
01:48Menurut pihak berkuasa, hukuman yang dijangka dikenakan adalah penjara seumur hidup tanpa peril berdasarkan perjanjian pengakuan bersalah.
01:57Dalam proseding hukuman itu, Heumann serta keluarga mangsa dijangka akan memberi keterangan di mahkamah.
02:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended