Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyeru umat Islam agar tidak sekadar mengimbau sejarah kegemilangan, sebaliknya mengambil pengajaran daripada peristiwa Hijrah untuk membina masa depan lebih cemerlang.
Baginda menekankan nilai pengorbanan, kepimpinan berwawasan serta perpaduan sebagai asas kekuatan ummah dalam menghadapi cabaran semasa.
Titah tersebut disampaikan sempena sambutan Maal Hijrah 1448H peringkat kebangsaan di Putrajaya.
Transcript
00:00Umat yang hebat tidak seharusnya sekadar berbangga dengan membaca kisah sejarah kejayaan lalu.
00:06Sebaliknya mengambil pengajaran daripadanya untuk dijadikan rujukan dalam membina masa hadapan yang lebih cemelang dan gemilang.
00:14Sultan Perak Sultan Nazrin Mu'izuddin Shah bertitah.
00:18Terdapat pengajaran utama daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang perlu dijadikan pedoman umat.
00:26Dengan pengajaran pertama menyentuh mengenai pengorbanan yang menjadi faktor asas kepada setiap kejayaan besar dalam sejarah manusia.
00:36Perjuangan menjadi tidak bermakna tanpa pengorbanan.
00:44Pengorbanan tidak sekadar reda hilang sesuatu yang kita sayangi.
00:49Tetapi kesanggupan meletakkan kepentingan yang lebih besar.
00:56Mengatasi kepentingan diri sendiri.
01:01Pengorbanan menuntut keberanian, ketabahan dan keikhlasan.
01:08Pengorbanan memerlukan kesediaan meninggalkan keselesaan,
01:15menanggung kesukaran dan menghadapi kesulitan
01:19demi mencapai matlamat yang lebih mulia.
01:26Sultan Nazrin bertitah demikian sempena sambutan Ma'al Hijrah 1448 Hijrah
01:32Peringkat Kebangsaan di Masjid Putera Putera Jaya pada Rabu.
01:36Sementara itu, Baginda mengulas mengenai pengorbanan golongan Muhajirin
01:41yang bersedia meninggalkan Bumi Mekah dan segala kemewahan hidup demi mempertahankan akidah.
01:47Baginda juga bertitah mengenai peranan golongan Ansar di Madinah
01:51yang bukan sahaja menerima kedatangan Muhajirin dengan tangan terbuka,
01:54malah sanggup mengorbankan sebahagian harta untuk dikongsi bersama.
01:59Selain itu, bagi pengajaran kedua yang menyentuh perancangan strategik
02:03dan kepimpinan berwawasan,
02:05Sultan Nazrin bertitah peristiwa Hijrah tidak dilakukan secara tergesa-gesa.
02:10Sebaliknya, menurut Sultan Nazrin,
02:12Nabi Muhammad SAW merancang perjalanan dengan teliti
02:16termasuk menggunakan hikmat Abdullah bin Uraikid
02:19sebagai pemandu jalan kerana kepakarannya
02:21walaupun belum memeluk Islam ketika itu.
02:25Kisah tersebut menjadi contoh bahawa Islam mengiktiraf
02:28kepakaran, integriti dan amanah seseorang
02:31tanpa prejudis terhadap latar belakang agama
02:33selagi mereka tidak memudaratkan umat Islam.
02:38Menurut Sultan Nazrin,
02:39pengajaran ini jelas menunjukkan pentingnya
02:41seseorang pemimpin bersifat tenang,
02:43terbuka serta berhati-hati melakukan pertimbangan
02:46berasaskan maklumat yang cukup ketika membuat keputusan penting.
02:52Amatlah malang bagi sesebuah negara dan bangsa
02:55apabila berlakunya sesuatu pemimpin
03:00memilih bertindak secara impulsif,
03:04melatah dan melulu,
03:07mengikut dorongan hati dan pengaruh emosi,
03:10lalu bertindak secara terburu-buru
03:13tanpa berfikir panjang,
03:17mengutamakan kepentingan jangka pendek
03:20yang kerosakkannya
03:22terpaksa dibayar dengan harga mahal
03:26oleh rakyat jelata yang tidak berdosa.
03:31Sehubungan itu,
03:32Sultan Nazrin menggariskan perpaduan
03:34dan kerjasama membina kekuatan
03:36sebagai pengajaran ketiga,
03:38di mana langkah Rasulullah SAW
03:40mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansar
03:43sebaik tiba di Madinah.
03:46Peristiwa berkenaan bagaimanapun
03:47telah berjaya menghapuskan jurang perbezaan
03:50dan mewujudkan sebuah masyarakat
03:52yang bersatu padu.
03:54Usaha tersebut menjadi permulaan
03:56kepada penyatuan yang lebih besar
03:58membabitkan seluruh penduduk Madinah
04:00pada waktu itu.
04:03Sallallahu Alaa Muhammad
04:07dan buah mencinta는 kekuatan
04:08dan buah mengechtankan
04:08dan buah mengechtankan
04:08dan buah mengechtankan
04:08dan buah mengechtankan
04:09juga pasangat
Comments

Recommended