Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik taktik ketenteraan Israel di Lubnan dengan menyifatkan tindakan mengebom bangunan pangsapuri bagi memburu pejuang Hezbollah sebagai langkah tidak perlu apabila mengorbankan terlalu ramai orang awam. Trump turut menyuarakan kebimbangan bahawa serangan Israel di Beirut boleh menjejaskan usaha memuktamadkan perjanjian damai dengan Iran, selain menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan konflik di Lubnan.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengkritik taktik ketenteraan Israel di Lubnan yang mengembum sebuah bangunan kediaman untuk memburu pejuang Hezbollah.
00:09Trump berkata terlalu ramai orang awam telah menjadi sasaran berdilan dan Israel tidak sepatutnya meruntuhkan mana-mana bangunan kediaman setiap
00:16kali cuba menyasarkan demi kehendak operasinya.
00:20Selain itu, Trump turut menifatkan penduduk setempat hanya menjadi mangsa serangan memandangkan tidak semua penghuni bangunan kediaman yang tersasarkan itu
00:26merupakan anggota Hezbollah.
00:28Meskipun hubungannya dengan Pres Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu masih baik, Trump menegaskan pemimpin itu perlu lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan
00:37konflik di Lubnan.
00:38Dalam hari itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan bahawa serangan Israel di Beirut boleh menjejaskan usaha memuktamadkan perjanjian damai antara Amerika
00:46dan Iran.
00:48Kenyataan itu dilihat sebagai teguran terbuka yang jarang dibuat oleh seorang bergelar sekutu Israel.
00:58Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended