Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan membincangkan peluasan kerjasama meliputi tenaga, perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan pelancongan, serta memperkukuh hubungan dua hala dan pembangunan mampan.
Transcript
00:00Malaysia dan Uzbekistan berpotensi memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor strategik termasuk tenaga,
00:07perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan pelancongan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:13Menurut Anwar, perkara itu dibincangkan semasa pertemuannya dengan Presiden Syafqat Mirzi Yoyev
00:19ketika pesawat yang membawa beliau membuat hentian transik di Tashkent dalam perjalanan ke Kazan, Rusia.
00:26bagi menghadiri sidang kemuncak peringatan ASEAN, Rusia dari 17 hingga 18 Jun ini.
00:35Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata pertemuan ringkas itu memberi ruang kepada mereka
00:40untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua halal yang terus berkembang dalam pelbagai bidang strategik.
00:48Menurut Perdana Menteri, antara bidang yang dibincangkan ialah perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan juga pelancongan.
00:56Anwar berkata, kedua-dua negara turut melihat ruang yang luas untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga,
01:03khususnya industri gas dan petrolium.
01:06Beliau berkata, kerjasama itu bukan sahaja berpotensi merancakkan pertumbuhan ekonomi,
01:11malah menyumbang kepada agenda keselamatan tenaga dan pembangunan mampan.
01:16Perdana Menteri turut menghargai komitmen Uzbekistan dalam memperkukuh hubungan dengan negara-negara ASEAN
01:22dan peranannya yang semakin penting di rantau Asia Tengah.
01:25Beliau berkata, hubungan persahabatan antara Malaysia dan Uzbekistan perlu terus diperkukuh,
01:33bukan sahaja demi manfaat ekonomi dan perdagangan,
01:36tetapi juga bagi mengangkat martabat insan,
01:39memperkasa ilmu selain menjayakan pembangunan yang lebih adil serta inklusif.
01:44berkata, hubungan persahabatan yang lebih adil serta inklusif.
01:46Terima kasih.
Comments

Recommended