Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di Kazan untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia, dengan fokus memperkukuh kerjasama strategik, ekonomi, tenaga dan hubungan serantau sempena ulang tahun ke-35 hubungan.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazan untuk lawatan kerja dua hari ke Ibu Negara dan bandar terbesar
00:07di Tatastan, Rusia itu bagi menghadiri sidang kemuncak peringatan ASEAN, Rusia yang berlangsung dari 17 hingga 18 Jun ini.
00:16Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kazan pada 10.20 malam waktu tempatan atau 3.20
00:24pagi Rabu waktu Malaysia.
00:28Beliau diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Naseh serta para
00:37pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.
00:41Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Chiang Lun Lai serta Delegasi Rusia diketuai Menteri Digital
00:49Tatastan Ilya Najvin yang diiringi Datuk Bandar Kazan Ilsu Madshin dan para pegawai Jabatan Protokol Negara berkenaan.
00:59Menurut Wisma Putra, sidang kemuncak itu menandakan ulang tahun ke-35 hubungan ASEAN-Rusia yang bermula di Kuala Lumpur pada
01:071991.
01:10Menurut kenyataan itu, mesyuarat tersebut akan memberi peluang kepada ASEAN dan juga Rusia untuk meneliti semula kemajuan yang dicapai sejak
01:1835 tahun lepas dan berangka hala tujuh kerjasama masa depan di bawah perkongsian strategik antara ASEAN dan juga Rusia.
01:26Sidang kemuncak itu dijangka menerima pakai empat dokumen utama iaitu Deklarasi Kazan mengenai ulang tahun ke-35 hubungan ASEAN-Rusia,
01:36kenyataan bersama mengenai kerjasama tenaga, kenyataan bersama mengenai kerjasama kebudayaan dan pelan tindakan komprehensif untuk melaksanakan perkongsian strategik ASEAN-Rusia
01:472026-2030.
01:50Menurut Wisma Putra, dokumen tersebut akan menjadi panduan kerjasama ASEAN-Rusia bagi tahun-tahun yang akan datang dan menyokong usaha
01:58untuk membina perkongsian yang lebih berdaya tahan dan berorientasikan masa depan.
02:03Semasa di Kazan, Anwar dijadwalkan bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Rais Republik Tatarstan Rustam Minikanov serta mengadakan pertemuan
02:14dengan rakan anggota ASEAN untuk membincangkan hubungan dua hala dan isu yang menjadi perhatian bersama.
02:20Antara agenda yang akan diberi tumpuan oleh Perdana Menteri ialah menggalakkan dialog dan keamanan, menyokong daya tahan ekonomi, memperkukuh keterjaminan
02:30tenaga dan makanan serta mempererat hubungan antara rakyat.
02:35Lawatan ke Kazan adalah kunjungan ketiga Anwar ke Rusia sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022.
Comments

Recommended